Flexishare For Business (MS)

 

Apakah faedah melanggan Maxis FlexiShare?

Syarikat yang melanggan pakej ini akan menikmati kebebasan untuk:

- Menetapkan had kuota untuk setiap pengguna talian

- Semua pengguna akan menikmati cakap dan SMS tanpa had

 

Apakah maksud panggilan dan SMS tanpa had?

Pakej ini memberikan anda panggilan tempatan dan SMS tanpa had ke mana-mana nombor Maxis dan Hotlink, serta mana-mana operator talian mudah alih dan talian tetap. Ia tidak merangkumi panggilan video, nombor istimewa dan tol percuma 1-300/1-800.

 

Bolehkah saya menggunakan Panggilan Percuma & SMS Tanpa Had dan kuota internet mudah alih ketika dalam perayauan?

Panggilan & SMS tanpa had serta Internet Mudah alih hanya sah untuk penggunaan dalam negara sahaja.

 

Siapa yang boleh melanggan Maxis FlexiShare?

Maxis FlexiShare terbuka untuk pelanggan Syarikat baru dan sedia ada (bukan untuk individu).

Pengguna talian merangkumi pendaftaran baru dan perpindahan daripada operator lain serta pertukaran kadar pelan daripada pelan prabayar sedia ada, yang tidak mempunyai kontrak atau kontrak telah tamat.

 

Di manakah boleh saya mengurus akaun FlexiShare saya sendiri?

Anda boleh mengurus akaun FlexiShare anda sendiri di onebizhub.maxis.com.my (ONEBusiness Hub). Portal ini membolehkan anda mengakses fungsi berikut:

  • Melihat penyata akaun anda
  • Menukar had untuk setiap pengguna talian
  • Melihat penggunaan kuota setiap pengguna talian
  • Menambah atau mengurangkan nombor ‘add on’
  • Menambah atau melaraskan data perkongsian ‘add on’

 

Bagaimanakah saya dapat mengakses Hub ONEBusiness?

Semua syarikat yang melanggan pakej FlexiShare akan diberikan akaun berdasarkan maklumat yang dinyatakan dalam Borang Pendaftaran. E-mel akan dihantar ke e-mel ‘Person-In-Charge’(PIC) untuk pengaktifan akaun.

 

Adakah terdapat saluran yang lain untuk menetapkan had kuota data?

Had kuota data FlexiShare diselia oleh Person-In-Charge (PIC) syarikat. Had kuota data hanya boleh dilaras melalui ONEBusiness Hub. Jika anda mempunyai soalan berkaitan ONEBusiness Hub, sila e-mel ke psu@maxis.com.my atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan kami di 1-800-82-1919.

 

Bolehkah saya menambah kuota data Internet Mudah Alih habis sebelum pusingan bil berakhir?

Anda boleh menambah pakej kuota data 10GB @ RM100 untuk semua pakej FlexiShare. Anda boleh membuat tambahan sehingga maksimum lima (5) pakej perkongsian data melalui ONEBusiness Hub.

Data talian peribadi:

 

Bolehkah saya menukar pakej FlexiShare?

Anda boleh bertukar kepada mana-mana pakej FlexiShare yang lain (cth. daripada FlexiShare RM488 kepada FlexiShare RM1,388) bergantung kepada keperluan perniagaan anda. Caj bulanan dan kuota akan dikira berdasar baki hari sehingga pusingan bil seterusnya.

 

Bolehkah saya menukarkan pengguna daripada suatu pakej FlexiShare kepada pakej Flexishare yang lain atau pelan yang lain?

Ya, anda boleh menukarkan talian dalam pakej FlexiShare atau ke pakej yang lain (cth. ke Pelan MaxisONE Business) selagi anda mematuhi terma kontrak yang mengikat talian (jika ada).

 

Bolehkah saya menambah lebih talian pengguna dalam pakej saya?

Ya, anda boleh menambah lebih talian pengguna ke pakej FlexiShare sedia ada anda. Tambahan talian pengguna dijual sebagai pakej 5 talian @RM240 sebulan. Semua pengguna talian akan menikmati cakap dan SMS tanpa had. Data akan dikongsi berdasarkan pelan Flexishare asas yang dilanggan.

Jumlah pengguna ‘add-ons’ yang boleh dibeli terhad berdasarkan pelan pakej FlexiShare yang dilanggan. Untuk pakej FlexiShare RM488, anda hanya boleh menambah satu (1) talian pengguna untuk pakej; pakej FlexiShare RM1, 388 pula boleh menambah pakej dua (2) talian pengguna; Pakej FlexiShare RM2,688 boleh menambah sehingga tiga (3) pakej pengguna talian, manakala pakej FlexiShare RM4,488 boleh menambah sehingga Sembilan (9) pakej pengguna. Namun, anda tidak boleh menambah talian pengguna untuk pakej FlexiShare RM8,888, kerana ia telah dihadkan kepada 100 pengguna talian sahaja.

 

Bolehkan saya melanggan Maxis Broadband dalam akaun yang sama?

Ya, jika anda melanggan pelan-pelan Maxis Broadband, ia akan dicaj dalam akaun yang sama. Namun, data yang diberikan untuk pelan Broadband tidak boleh dikongsi dan hanya boleh digunakan untuk perkhidmatan Broadband. Kuota data perkongsian FlexiShare juga tidak boleh dikongsi dengan pelan Broadband.

 

Bolehkah saya melanggan multi-SIM untuk berkongsi data?

Tidak, multi-SIM tidak sah untuk sebarang langganan talian FlexiShare atau pakej FlexiShare untuk berkongsi data.

 

Bolehkah kuota bulanan dibawa ke hadapan jika ia tidak dapat dihabiskan?

Tidak. Kuota data tidak boleh dibawa ke hadapan. Ia akan dikira luput secara automatik setelah pusingan bil tamat. Senario yang sama juga merangkumi Pas Data individu.

 

Bagaimanakah saya boleh memeriksa baki kuota internet mudah alih saya?

Anda boleh memeriksa baki kuota internet mudah alih anda (peringkat kumpulan dan pengguna) melalui ONEBusiness Hub.         

    Untuk pengguna talian, anda juga boleh memeriksa kuota anda dengan mendail *100#.

 

Adakah Maxis akan memaklumkan saya tentang penggunaan internet mudah alih saya (peringkat kumpulan dan pengguna)?

Ya, Maxis akan menghantar mesej kepada Person-in-Charge (PIC) dan pengguna talian. PIC akan menerima mesej sama ada melalui e-mel atau SMS mengenai status kuota kumpulan dan penggunaan serta status permohonan penambahan atau pembatalan. Pengguna talian akan menerima makluman melalui SMS mengenai kuota yang ditetapkan oleh syarikat, baki kuota dan penggunaan.

 

Saya tidak berminat untuk menerima SMS makluman mengenai sebarang promosi. Bagaimanakah cara untuk membatalkannya?

Malangnya, SMS makluman ini tidak seperti SMS promosi perkhidmatan dan barangan. Oleh itu ia tidak boleh dibatalkan.

 

Bolehkah saya sebagai seorang Person-In-Charge(PIC), menetapkan kuota data untuk pengguna-pengguna Maxis FlexiShare?

Anda boleh mengawal dan menetapkan jumlah kuota data FlexiShare mengikut budi bicara anda, selagi kuota data keseluruhan tidak melebihi kuota yang dilanggan. Anda boleh menguruskan pilihan ini di ONEBusiness Hub.

 

Apakah yang dimaksudkan oleh had penggunaan?

Had Penggunaan ialah had data yang ditetapkan oleh Person-In-Charge (PIC) syarikat kepada seseorang pengguna talian. Internet akan diperlahankan setelah talian perkongsian mencecah had penggunaan.

 

Apakah had penggunaan yang telah ditetapkan?

Had penggunaan asal telah ditetapkan kepada 5GB untuk setiap talian. Person-In-Charge (PIC) syarikat boleh menukar had penggunaan kepada sebarang jumlah antara 100MB (minimum) untuk setiap talian dan tidak lebih daripada kuota keseluruhan kumpulan.

 

Apakah yang akan terjadi jika saya tidak menetapkan had penggunaan untuk para pengguna talian yang lain?

Para pengguna talian akan diberikan had penggunaan sebanyak 5GB, mengikut tetapan sedia ada.

 

Berapa kerap boleh saya menukar had penggunaan untuk para pengguna talian?

Anda boleh menambah atau mengurangkan had penggunaan pengguna talian anda bila-bila masa sahaja melalui ONEBusiness Hub.

 

Bolehkah para pengguna talian menukar had penggunaan talian sendiri?

Tidak, hanya Person-In-Charge (PIC) boleh menetapkan Had Penggunaan. Para pengguna talian hanya boleh melihat penyata penggunaan.

 

Bolehkah pengguna talian saya yang lain menggunakan perkhidmatan Internet Mudah Alih jika kuota telah habis sebelum pusingan bil seterusnya?

Ya, tetapi pada kelajuan yang diperlahankan. Mereka masih boleh membuat panggilan dan juga menghantar SMS.

 

Adakah terdapat pilihan add on untuk IDD dan Perayauan?

Untuk IDD (Panggilan Terus Antarabangsa), anda boleh memilih add on pakej IDD RM30 sebulan atau bayar berdasarkan penggunaan. Perkhidmatan ini akan dicaj kepada talian yang dipilih.

Untuk Perayauan, Pass Data Roam RM38 sehari akan diaktifkan secara automatik jika pengguna berada di luar negara. Permintaan akses perayauan hanya boleh dilakukan oleh PIC syarikat.

 

Bolehkah saya melanggan perkhidmatan Bil Terperinci Untuk pengguna talian?

Ya, anda boleh menambah perkhidmatan ini untuk setiap talian pengguna anda. Setiap pengguna talian akan dikenakan caj tambahan RM5 untuk perkhidmatan ini.

 

Bolehkah saya melanggan untuk talian tambahan?

Ya, anda boleh melanggan untuk talian tambahan. Tetapi talian tersebut tidak akan dapat berkongsi data daripada kuota data FlexiShare.

 

Adakah pelan FlexiShare disertakan dengan kontrak terma langganan minimum?

Ya, setiap talian perlu aktif sekurang-kurangnya selama 24 bulan. Caj perkhidmatan RM200 akan dikenakan untuk setiap talian FlexiShare yang ditamatkan sebelum tempoh kontrak.

 

FlexiFund

Apakah maksud FlexiFund?

FlexiFund merupakan ciri unik yang memberikan tabung dana untuk menebus sebarang peranti daripada Maxis pada bila-bila masa sahaja.

 

Adakah terdapat tempoh langganan minimum untuk menikmati FlexiFund?

Ya, anda perlu melanggan FlexiShare selama 24 bulan minimum.

 

Di manakah saya boleh memantau dan menebus FlexiFund?

Anda boleh memeriksa dana, memantau tempahan peranti atau membuat tempahan melalui ONEBusiness Hub.

 

Saya memang berminat. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan lebih maklumat, seperti jumlah dana dan syarat sah?

 

Anda boleh bercakap dengan pengurus akaun anda, berkunjung ke Kedai Maxis atau menghubungi talian khidmat pelanggan di 1-800-82-1919 bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut & bantuan.

 

Anda boleh bercakap dengan pengurus akaun anda, berkunjung ke Kedai Maxis atau menghubungi talian khidmat pelanggan di 1-800-82-1919 bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut & bantuan.