Maxis Business Postpaid & Fibre


Apakah Maxis Business Postpaid & Fibre?

Maxis Business Postpaid & Fibre adalah pakej pelan perniagaan semua-dalam-satu direka untuk pelanggan mikro SME. Ia mengandungi:

  • Data Telefon Tanpa Had pada pelan telefon anda
  • Pelan ONEBusiness Fibre tanpa waktu lengai
  • Penyelesaian ONEBusiness Voice Go selama 24 bulan
  • Penyelesaian eSMS Percuma selama 24 bulan
  • Penyelesaian Telefon Terjamin Percuma selama 24 bulan
  • Pilihan tambahan perantauan bulanan ke 13 negara

Siapa yang layak untuk daftar pakej pelan ini?
Untuk pakej ini, talian telefon boleh didapati untuk talian sedia ada, pendaftaran baharu, dan port-ins. Untuk pelanggan ONEBusiness Fibre, anda perlu memiliki mana-mana pelan fibre sah kami. Maxis Business Postpaid & Fibre hanya layak untuk pelanggan SME.

Berapa banyak pakej Maxis Business Postpaid & Fibre yang boleh saya daftar?
Anda hanya boleh daftar 1 pakej untuk setiap syarikat.

Berapa banyak talian boleh saya daftar dalam setiap pakej?
Anda boleh daftar maksima sehingga 5 talian telefon dalam setiap pakej (termasuk talian berkongsi).

Jika saya adalah pelanggan mudah alih Maxis bolehkah saya daftar untuk pakej ini?
Ya, anda boleh, anda boleh tukar pelan mudah alih anda sekarang dan daftar ONEBusiness Fibre kami untuk nikmati pakej ini.

Jika saya adalah pelanggan Maxis Fibre sedia ada boleh saya daftar pakej ini?
Ya, anda boleh, anda perlu memiliki salah satu pelan ONEBusiness Fibre sah kami (30Mbps, 300Mbps, 500Mbps atau 800Mbps) dan mendaftar pelan mudah alih kami.

Apakah makna data jam bekerja tanpa had?
Jam bekerja tanpa had membenarkan pengguna untuk nikmati data telefon tanpa had dari Isnin sehingga Jumaat daripada 8 pagi ke 6 petang. Penggunaan data TIDAK akan ditolak daripada kuota data sedia ada. Walau bagaimanapun, ia hanya boleh didapati untuk pelan Maxis Business Postpaid 98, 128, 158, & 188.

Saya sekarang menggunakan servis Fiber daripada pembekal talian lain, bolehkah saya tukar servis fiber saya ke Maxis?
Ya, anda boleh tukar servis anda ke Maxis Fibre dengan tawaran promosi ini.

Apa berlaku jika saya gagal untuk memasang business fibre saya?
Jika pemasangan ONEBusiness Fibre anda gagal, anda tidak dapat menikmati data tanpa had.

Apa berlaku bila saya tamatkan ONEBusiness Fibre saya?
Jika anda tamatkan ONEBusiness Fibre anda, anda tidak dapat nikmati data tanpa had.


Pas perayauan bulanan
Siapa yang layak untuk pas perayauan bulanan?
Pas perayauan bulanan dengan kontrak 24 bulan ditawarkan kepada pelan mudah alih Maxis Business Postpaid 98, 128, 158 & 188.

Apa yang saya dapat bila melanggan pas perayauan bulanan?
Pelanggan pas ini akan nikmati panggilan & SMS tanpa had dan 15 GB setiap bulan dalam 13 negara APAC.

Bagaimana saya akan dikenakan caj untuk pas perayauan bulanan?
Yuran langganan bulanan pas ini akan ditunjukkan dalam bil bulanan anda.

Talian mudah alih saya di bawah akaun syarikat saya, bolehkah bil ini dimasukkan ke dalam akaun peribadi saya/ bil berasingan?
Tidak boleh. Jika talian korporat mudah alih anda di bawah syarikat anda, pas ini akan dikenakan bayaran ke dalam akaun syarikat anda. Sila rujuk polisi syarikat anda atau individu yang bertanggungjawab untuk pembelian tersebut.

Apakah negara yang termasuk dalam senarai pas perayauan bulanan?
Pas ini hanya boleh digunakan di Thailand, Singapura, Brunei, Filipina, Indonesia, Cambodia, Laos, Myanmar, China, Hong Kong, Taiwan dan Macau.

Apakah pas perayauan bulanan dan negara manakah yang termasuk dalam senarai?
Pas perayauan bulanan adalah tawaran eksklusif untuk pengguna Maxis Business Postpaid 98, 128, 158 & 188. Ia dilengkapi dengan kontrak 24 bulan dan bersama panggilan & SMS tanpa had dan 15GB data telefon setiap bulan bila anda kunjungi Thailand, Singapura, Brunei, Filipina, Indonesia, Cambodia, Laos, Myanmar, China, Hong Kong, Taiwan & Macau.

Jika saya tamatkan talian saya, apakah yang akan terjadi pada pas langganan saya?
Sekiranya talian anda dimansuhkan dalam tempoh 24 bulan, tiada caj akan dikenakan untuk langganan bulanan anda bagi pas ini. Walau bagaimanapun, tempoh kontrak tidak akan dilanjutkan walaupun digantung.

Apa berlaku jika saya tamatkan kontrak sebelum tarikh tamat kontrak 24 bulan?
Anda akan dikenakan penalti pada baki bulanan untuk penamatan langganan pas perayauan. Contohnya, yuran bulanan pas x baki bulan dalam kontrak.

Adakah saya akan diberitahu dalam langganan pas perayauan bulanan?
Ya, anda akan terima notifikasi SMS selepas berjaya melanggan pas tersebut. Anda juga akan terima “SMS Selamat Datang” sebaik sahaja tiba di negara terpilih.

Apakah tempoh sah pas ini?
Langganan pas anda adalah 24 bulan. Pas bulanan akan diaktifkan untuk anda dan kontrak diperbaharui. Langganan anda akan tamat pada 11.59 pm waktu Malaysia sehingga ke hari terakhir langganan anda. Anda akan diberitahu melalui notifikasi SMS sebaik sahaja langganan pas bulanan perayauan anda berjaya. Anda akan menerima SMS peringatan, 1 bulan sebelum kontrak tamat.

Apa berlaku jika saya habiskan 15GB sebelum pembaharuan bulanan?
Anda akan terima notifikasi SMS bila anda mencapai 100% penggunaan 15GB anda. Seterusnya, anda boleh layari secara percuma pada kelajuan rendah. Untuk layari dengan kelajuan normal, anda boleh membeli pas DataRoam dengan hanya RM38/hari.

Apakah jenis panggilan yang akan menikmati penggunaan tanpa had?
Anda boleh menikmati panggilan tanpa had melalui dail terus untuk pnggilan atau talian tetap dalam negara perantauan, ke Malaysia dan negara lain. Ia juga layak untuk panggilan melalui corak dail Roam120. Selain itu anda boleh menikmati panggilan masuk tanpa had. Untuk menikmati fungsi ini, anda mesti mendaftar dengan pengendali perantauan pilihan Maxis seperti dinyatakan dalam SMS Selamat Datang.

Siapakah pembekal rangkaian yang terpilih?

Negara Pembekal Talian Terpilih
Singapora •SingTel
•Starhub
Brunei •DST
Indonesia •Telkomsel
Filipina •GLOBE PH
Myanmar •MPT
Cambodia •Cellcard
Laos •LaoTelecom
Thailand •AIS
•Truemove
Vietnam •VN Mobifone
•Viettel
•Vietnamobile
China •China Mobile
•China Unicom
Taiwan •TW MOBILE
Hong Kong •HKCSL/HKT
Macau •CTM

Nota: Pembekal terpilih mungkin bertukar dari masa ke semasa dan SMS Selamat Datang akan menunjukkan pembekal terpilih terkini.

Apakah yang akan berlaku jika saya tidak merantau dalam pembekal rangkaian terpilih dan membuat panggilan?
Jika anda telah melanggan pas perayauan bulanan, anda tidak boleh lakukan perayauan dengan pembekal rangkaian tidak terpilih; Ini untuk memastikan pelanggan kami tidak mengalami kejutan bil. Untuk sebab lain, jika anda mampu perayauan dengan pembekal rangkaian tidak terpilih, penggunaan anda akan dikenakan bayaran dalam kadar normal.

Bolehkah saya membeli pas DataRoam standard pada RM38/hari bila saya melanggan pas perayauan bulanan ini?
Ya anda boleh. Jika anda membeli Pas DataRoam, data pas ini akan digunakan dahulu kemudian diikuti oleh Data pada pas perayauan bulanan.

Boleh saya batalkan langganan bulanan pas perantauan bulanan ketika dalam tempoh kontrak?
Ya, anda boleh.