Pelan Kakitangan Kerajaan

 

PELAN

Apa yang akan saya dapat bila mendaftar untuk Hotlink Postpaid Flex BAHARU?
Hotlink Postpaid Flex memberikan ciri-ciri terbaik Hotlink Prepaid dengan kemudahan Postpaid. Anda bakal menikmati panggilan dan SMS tanpa had, penggunaan internet tanpa risau dengan TANPA caj berdasarkan penggunaan, dan internet tanpa had untuk aplikasi kegemaran anda.

 

Siapa yang boleh mendaftar untuk pelan ini?
Pelan ini terbuka kepada Individu Kerajaan. Sah untuk pendaftaran baharu, port-ins, dan migrasi dari pelan prabayar ke pelan pascabayar.

 

Adakah terdapat syarat-syarat untuk penggunaan panggilan dan SMS tanpa had?
Anda akan tertakluk kepada Polisi Penggunaan Samarata (FUP) dan kami berhak untuk mengganggu, menyekat, menggantung atau menghadkan Perkhidmatan jika penggunaan pelanggan menunjukkan aktiviti yang tidak normal. Sila rujuk kepada Terma & Syarat pelan anda untuk maklumat lanjut.

 

Apakah jenis panggilan/SMS yang boleh digunakan untuk panggilan dan SMS tanpa had?
Panggilan dan SMS tanpa had boleh digunakan untuk talian mudah alih/tetap domestik ON-net dan OFF-net (tidak termasuk panggilan video, panggilan ke nombor boleh dicaj 1300/1700/600 dan panggilan ke nombor TM100 dan 121).

 

Bolehkah saya menggunakan panggilan dan SMS tanpa had atau kuota Internet Mudah Alih yang diperuntukkan ketika merantau di luar negara?
Tidak boleh. Panggilan dan SMS tanpa had dan kuota Internet Mudah Alih pra-pakej adalah hanya untuk penggunaan domestik sahaja.

 

Jika peruntukan bulanan saya tidak digunakan sepenuhnya, adakah ia akan dibawa ke bulan hadapan?
Tidak, peruntukan percuma (Panggilan, SMS dan Internet) tidak boleh dibawa ke bulan hadapan. Ia akan dibatalkan secara automatik apabila kitaran bil yang baharu bermula.

 

Bolehkah saya menaik taraf kuota sekiranya kuota Internet Mudah pra-peruntukan habis sebelum  bermulanya kitaran bil yang baharu?
Ya, anda boleh beli pas internet pelan Hotlink Postpaid melalui menu UMB (*100#) atau melalui Aplikasi Hotlink Flex (https://www.hotlink.com.my/m). Pas yang tersedia adalah seperti berikut:

  • 4GB@RM10 (Pembaharuan automatik)
  • 2GB@RM10
  • 1GB/1 hari@RM3
  • 3GB/2 hari@RM5

 

Bolehkah saya tukar pelan saya selepas melanggan Hotlink Postpaid Flex?
Ya, anda boleh tukar atau naik taraf kepada Maxis Postpaid Plan yang lain.

 

Jika saya melanggan pelan Hotlink Postpaid Flex pada pertengahan kitaran bil, adakah bayaran  komitmen bulanan, panggilan yang diperuntukkan, SMS dan data akan dikira secara pro-rata?
Anda akan menerima peruntukan data penuh pada bulan pertama. Panggilan dan SMS adalah tanpa had. Bayaran komitmen bulanan akan dikira secara pro-rata bagi bulan pertama. Dari bulan kedua sehingga berikutnya, bayaran komitmen yang penuh akan dikenakan.

Pembelian tambahan (cth 4GB@RM10) akan dicaj sepenuhnya pada bulan pertama.

 

Bolehkah saya semak baki peruntukan Internet Mudah Alih yang telah diguna pakai?
Anda boleh semak penggunaan internet mudah alih melalui menu UMB (*100#), atau melalui Aplikasi Hotlink Flex (http://www.hotlink.com.my/m) dengan memilih “Semak Status").

 

Adakah saya akan menerima notifikasi SMS untuk penggunaan peruntukan Internet Mudah Alih?
Apabila penggunaan Internet Mudah alih mencecah 60% dan 100%, anda akan diberi notifikasi SMS. SMS ini hampir dengan masa-nyata.

 

Jika saya mendaftar untuk Hotlink Postpaid Flex, adakah saya layak mendaftar untuk talian tambahan? 
Hotlink Postpaid Flex tidak meyediakan perkhidmatan untuk talian tambahan.

Anda boleh naik taraf kepada MaxisONE 98 dan dapatkan talian tambahan hanya untuk RM48/bln (10GB, panggilan dan SMS tanpa had).

 

Bagaimanakah fungsi "Unlimited Bundles"?
Untuk setiap "Unlimited Bundles", sebarang penggunaan fungsi pakej tidak akan menggunakan data daripada kuota asas, dan akan menggunakan data daripada pakej itu sendiri (dengan Polisi Penggunaan Samarata 1TB dalam kitaran bil).

Tetapi, di dalam aplikasi, mungkin ada sumber pihak ketiga (seperti video Youtube terbenam, atau laman web luaran yang dilayari melalui aplikasi) yang akan menggunakan data asas anda.

 

Bolehkah saya menggunakan "Unlimited Bundles" pada komputer riba?
Ya, anda boleh menggunakan "Unlimited Bundles" pada peranti yang lain. Tetapi, had kelajuan 5Mbps akan dikenakan.

 

Saya ingin tukar nombor Hotlink Prepaid kepada Hotlink Postpaid Flex. Saya masih ada baki kredit di dalam akaun prabayar. Apa yang akan terjadi dengan baki kredit selepas saya beralih kepada pelan Hotlink Postpaid Flex?
Bila anda beralih ke Hotlink Postpaid Flex, baki kredit akan dikreditkan ke dalam akaun baru Hotlink Postpaid Flex, dan akan dapat dilihat di dalam bil yang pertama.

 

Bolehkah saya bayar Hotlink Postpaid Bill dengan tiket tambah nilai Hotlink Prepaid?
Tidak. Pembayaran boleh dibuat di kaunter atau kiosk layan diri di mana-mana Maxis Centres yang tersenarai di www.hotlink.com.my/postpaid

 

Apa yang berlaku apabila kuota internet telah habis digunakan?
Apabila kuota telah habis, anda boleh teruskan untuk melayari internet TANPA CAJ TAMBAHAN pada kelajuan perlahan.

Anda juga boleh beli pas internet mudah alih tambahan melalui www.hotlink.com.my/m

 

Saya kini melanggan pas Internet Mudah Alih pembaharuan auto 5GB@RM25. Apa yang akan berlaku?
Pas internet mudah alih 5GB tidak lagi ditawarkan kepada pelanggan baru, tetapi pelanggan sedia ada boleh terus menikmati pas tersebut selagi anda kekal melanggan dan aktif.

Jika anda membatalkan langganan pas tersebut, anda tidak boleh meneruskan langganan pas tersebut.

 

Bolehkah saya tukar daripada Hotlink Postpaid Flex kepada Hotlink Postpaid Flex Plus dan sebaliknya? 
Boleh. Hanya perlu hubungi 123 atau pergi ke Maxis Centre terdekat yang tersenarai di www.hotlink.com.my/postpaid untuk menukar.

Tetapi, jika anda mempunyai kontrak Hotlink Postpaid Flex Plus sedia ada, anda perlu membatalkan kontrak dan bayar penalti untuk beralih kepada Hotlink Postpaid Plus.

 

Apa yang akan terjadi kepada pas 4GB@RM10 jika saya beralih kepada Hotlink Postpaid Flex Plus?
Memandangkan pas 4GB@RM10 tidak tersedia untuk Hotlink Postpaid Flex Plus, ia akan dialihkan daripada langganan anda apabila anda tukar kepada Flex Plus. Tetapi, anda masih anda dicaj untuk kitaran bil tersebut.

 

Saya telah menggunakan sepenuhnya 4GB daripada pas RM10. Bolehkah saya beli lagi pas 4GB@RM10?
Setiap pelanggan dibenarkan 1 sahaja pas pembaharuan auto yang sama. Kuota anda akan diperbaharui apabila tiba kitaran bil.

Tetapi, anda boleh beli pas internet mudah alih satu-alih sebanyak yang anda mahu dan diasingkan penggunaannya (kecuali untuk Pas Tanpa Had tidak berulang).

 

Adakah saya masih boleh menggunakan "Unlimited Bundles" apabila kuota internet normal telah kehabisan? 
Ya, anda masih boleh menggunakan Unlimited Bundles apabila kuota normal anda mencecah 0.

Tetapi, di dalam aplikasi, mungkin ada sumber pihak ketiga (seperti video Youtube terbenam, atau laman web luaran yang dilayari melalui aplikasi) yang akan dikira sebagai penggunaan kuota normal anda dan ia dimuat turun dengan kelajuan yang lebih perlahan (throttled speed).

 

Kenapa saya tiba-tiba dapat 4GB untuk pas RM10?
Kami telah menaik taraf kuota untuk pas RM10 daripada 3GB kepada 4GB tanpa kos tambahan.

Pelanggan pas RM10 sedia ada akan menerima kuota penuh 4GB ketika penaikan taraf ini, dan akan terus menikmati 4GB@RM10/bulan untuk setiap kitaran bil seterusnya.

 

Bolehkah saya tukar daripada pelan Maxis Postpaid sedia ada kepada Hotlink Postpaid Flex?
Tidak. Anda tidak boleh tukar daripada pelan Maxis Postpaid kepada pelan Hotlink Postpaid Flex.

 

Mana satu pas pro-rata untuk pelanggan baharu?
Hanya pelan asas sahaja yang dikira pro-rata.

Pas berulangan yang lain adalah bukan pro-rata, cth:

  • 4GB@RM10
  • Unlimited Bundles

Beberapa perkhidmatan nilai tambahan, seperti bil penyenaraian (Bil Fizikal) juga adalah pro-rata.

 

Bagaimana cara untuk batalkan pas berulangan?
Untuk membatalkan pas berulangan, hubungi Maxis Contact Centre di 123 atau lawati Maxis Retail Outlets.

 

PERANTI

Bilakah tawaran peranti ini akan berakhir?
Ini adalah tawaran waktu terhad yang bergantung kepada ketersediaan peranti. Dapatkan sekarang sementara stok masih ada!

 

Di mana saya perlu pergi untuk pendaftaran tawaran ini?
Tawaran ini tersedia di mana-mana Maxis Centre, Maxis Exclusive Partners, dan ejen Telesales & Korporat seluruh negara.

 

Adakah saya akan terikat kepada Kontrak apabila mendaftar untuk tawaran peranti?
Ya, tawaran ini tertakluk kepada kontrak 24 bulan.

 

Adakah terdapat Pembayaran Pendahuluan Peranti yang perlu dibayar untuk menikmati tawaran ini? Bolehkah saya dapat pengecualian daripada Pembayaran Pendahuluan Peranti?
Ya. Tetapi anda boleh dapat pengecualian Pembayaran Pendahuluan Peranti jika anda mempamerkan tag Kakitangan Kerajaan dan kad pengenalan anda ketika pendaftaran.

 

Saya masih terikat dengan kontrak operator mudah alih sedia ada. Bagaimana saya ingin mengambil tawaran ini tanpa perlu bertukar kepada nombor baharu?
Anda perlu batalkan kontrak peranti dengan operator mudah alih semasa dan langsaikan semua bil tertunggak. Kemudian anda boleh terus menggunakan nombor sedia ada ketika mendaftar dengan Maxis.

 

Apa yang akan berlaku jika saya membatalkan kontrak di dalam tempoh Kontrak Peranti?
Caj Pembatalan Awal akan dikenakan.

 

Apa yang akan berlaku jika saya memindahkan talian kepada orang lain di dalam tempoh Kontrak Peranti?
Kontrak Peranti tidak boleh dipindah hak milik. Caj Pembatalan Awal akan dikenakan.