Let us help you get started

Let's talk

Maxis Business Postpaid

 

Berapa banyak pakej Maxis Business Postpaid yang boleh saya daftar?
Anda hanya boleh mendaftar satu pakej sahaja bagi setiap syarikat.

Berapa banyak talian yang boleh saya daftar bagi setiap pakej?
Anda boleh mendaftar maksimum sehingga 5 talian mudah alih bagi setiap pakej (termasuk talian kongsi).

Jika saya pelanggan sedia ada mudah alih Maxis, bolehkah saya mendaftar pakej ini?
Ya, anda boleh menukar pelan mudah alih ke pelan baharu untuk menikmati tawaran ini.

Apakah pas bulanan ONEBusiness Travel dan negara manakah yang mendapat liputan ini?
Pas bulanan ONEBusiness Travel ditawarkan secara eksklusif untuk Maxis Business Postpaid 98 dan ke atas, dengan kontrak 24 bulan. Anda dapat menikmati panggilan dan SMS tanpa had serta 15GB data mudah alih sebulan apabila anda pergi ke negara Thailand, Singapura, Brunei, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Myanmar, China, Hong Kong, Taiwan & Macau.

Apakah penyelesaian perniagaan yang disediakan?
Pakej ini dilengkapi dengan ONEBusiness VoiceGo dan ONEBiz eSMS Lite untuk setiap pakej. Setiap talian mudah alih juga berkelayakan untuk mendapat Secure Mobile.

Siapakah yang layak untuk pas ONEBusiness Travel Monthly?
Pas bulanan ONEBusiness Travel dengan kontrak 24 bulan ditawarkan ke pelan terpilih, Maxis Business Postpaid 98, 128, 158, 188.

Apakah yang akan saya peroleh sekiranya saya melanggan pas ONEBusiness Travel Monthly ini?
Pelanggan pas ini akan menikmati panggilan tanpa had, SMS dan 15GB data sebulan di 13 buah negara Asia-Pasifik.

Bagaimanakah akan bayaran ONEBusiness Travel Monthly dikenakan?
Bayaran langganan bulanan pas ini akan dipaparkan dalam bil bulanan anda.

Akaun syarikat saya memegang talian mudah alih saya, bolehkah saya memohon untuk membuat bayaran melalui bil berasingan/akaun peribadi saya?
Tidak, jika telefon anda adalah talian korporat di bawah syarikat anda, pembayaran akan dikenakan ke akaun syarikat dan bil akan diproses sewajarnya. Anda boleh merujuk kepada polisi syarikat anda atau orang yang bertanggungjawab untuk pembelian tersebut.