ONEBusiness Smart (MS)

 

Apakah maksud pelan ONEBusiness Smart?
ONEBusiness Smart adalah pakej pelan perniagaan semua dalam satu yang dicipta untuk pelanggan Mikro-SME, dan ia merangkumi:

  • Unlimited Workhour Mobile Data dengan data boleh dikongsi untuk talian mudah alih anda
  • Pelan ONEBusiness Fibre dengan ketersambungan tak tergendala
  • PERCUMA penyelesaian ONEBusiness Voice Go untuk 24 bulan
  • PERCUMA penyelesaian eSMS untuk 24 bulan
  • Pilihan tambahan data perantauan bulanan ke 13 negara

 

Siapa yang layak mendaftar untuk pakej pelan perniagaan ini?
Pakej pelan perniagaan ini hanya boleh didaftar oleh pelanggan SME (perusahaan kecil dan sederhana). Untuk pakej ini, talian mudah alih adalah tersedia untuk talian sedia ada, pendaftaran baharu, dan port-ins. Untuk pelanggan ONEBusiness Fibre, anda mestilah merupakan pelanggan salah satu pelan fiber sedia ada kami.

 

Berapa banyak pakej ONEBusiness Smart yang boleh saya daftar?
Anda hanya boleh mendaftar 1 pakej sahaja untuk setiap syarikat.

 

Berapa banyak talian yang boleh saya daftar untuk setiap pakej?
Anda boleh mendaftar maksimum sehingga 5 talian untuk setiap pakej (termasuk talian perkongsian).

 

Bolehkah saya mendaftar untuk pakej ini sekiranya saya seorang pelanggan Maxis mudah alih sedia ada?
Ya boleh, anda boleh menukarkan pelan mudah alih semasa dan mendaftar untuk ONEBusiness Fibre untuk menikmati pakej ini.

 

Bolehkah saya mendaftar untuk pakej ini sekiranya saya seorang pelanggan Maxis Fibre sedia ada?
Ya boleh, anda perlu melanggan salah satu pelan ONEBusiness Fibre (30Mbps, 100Mbps, 300Mbps, 500Mbps or 800Mbps) terlebih dahulu dan mendaftar untuk pelan mudah alih.



Apakah itu data waktu kerja tanpa had?
Data Waktu Kerja Tanpa Had membenarkan pengguna untuk menikmati data mudah alih tanpa had pada hari Isnin hingga Jumaat dari 8 pagi hingga 6 petang. Penggunaan TIDAK AKAN ditolak daripada kuota data sedia ada yang telah diperuntukkan. Tetapi, ia hanya sah untuk pelan Maxis ONEBusiness 98, 128, 158 & 188.

 

Apa yang berlaku jika saya gunakan data mudah alih selain daripada hari Isnin hingga Jumaat (8 pagi hingga 6 petang)?
Penggunaan data mudah alih anda akan ditolak daripada kuota data bulanan yang telah diperuntukkan.

 

Saya kini menggunakan perkhidmatan Internet fiber daripada pembekal lain; bolehkah saya tukar perkidmatan fiber kepada Maxis?
Ya, anda boleh menukarkan perkhidmatan sedia ada kepada Maxis ONEBusiness Fibre dengan tawaran promosi ini.

 

Apa yang berlaku jika saya tidak berjaya pasang fiber perniagaan?
Jika pemasangan ONEBusiness Fibre anda tidak berjaya, anda tidak akan dapat menikmati data waktu kerja tanpa had.

 

Apa yang berlaku jika saya batalkan pelan ONEBusiness Fibre?
Jika anda batalkan pelan ONEBusiness Fibre, anda tidak akan dapat menikmati data waktu kerja tanpa had.

 

Apakah itu pas bulanan ONEBusiness Travel dan negara mana yang dliputi?
Pas bulanan Maxis ONEBusiness Travel ditawarkan secara eksklusif untuk talian ONEBusiness 128, 158 & 188. Ia disertakan dengan kontrak 24 bulan dan didatangkan dengan panggilan & SMS tanpa had dan 15GB data mudah alih setiap bulan bila anda merantau ke Thailand, Singapura, Brunei, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Vietnam, Myanmar, China, Hong Kong, Taiwan & Macau (13 negara).