mPOS

English |  Bahasa Malaysia | 中文

 

Berapa sesi log-masuk boleh digunakan oleh satu nama pengguna dalam masa yang sama?

Aplikasi mudah alih hanya boleh menampung satu sesi log-masuk dalam satu masa sahaja.

 

Adakah transaksi manual (key-in) boleh dilakukan melalui mPOS sekiranya terdapat masalah teknikal, contohnya seperti kad kredit yang rosak atau pelanggan yang bertegas mahu lakukan transaksi manual?

Tidak, aplikasi mudah alih tidak menyokong transaksi manual.

 

Apakah peranti yang boleh digunakan dengan Maxis mPOS?

mPOS boleh digunakan dengan peranti iOS dan Android yang mesra Bluetooth. Tetapi, peranti Blackberry dan Windows OS tidak disokong buat masa ini.

 

Apakah yang akan terjadi jika pengguna kehilangan pembaca kad?

Pengguna perlu melaporkan kehilangan dengan segera kepada kakitangan yang berkuasa di dalam organisasi anda bagi menyahaktifkan peranti melalui Portal Peniaga Maxis mPOS.

 

Adakah Portal Peniaga Maxis boleh membantu mempercepatkan transaksi bayaran balik/caj kurang/caj berlebihan?

Tidak. Mengikut proses semasa, Peniaga memerlukan borang penyelenggaraan yang diisi secara manual untuk permohonan transaksi bayaran balik/caj kurang/caj berlebihan.

 

Berapa sesi log-masuk boleh digunakan oleh satu nama pengguna dalam masa yang sama?

Portal peniaga hanya boleh menampung satu sesi log-masuk dalam satu masa sahaja.

 

Adakah transaksi manual (key-in) boleh dilakukan melalui mPOS sekiranya terdapat masalah teknikal, contohnya seperti kad kredit yang rosak atau pelanggan yang bertegas mahu lakukan transaksi manual?

Tidak, portal peniaga tidak menyokong transaksi manual.

 

Saya telah mendaftar untuk mPOS pertama melalui talian MaxisONE Business sedia ada; adakah saya layak untuk mendapatkan mPOS kedua untuk RM22/bulan?

Tidak, satu talian MaxisONE Business hanya sah untuk satu peranti mPOS sahaja. Peniaga boleh mendaftar untuk dapatkan peranti mPOS kedua pada kadar normal RM42/bulan.

 

Bolehkah saya memohon untuk kadar MDR yang lebih rendah?

Apabila status anda sebagai peniaga telah diluluskan, permohonan kadar MDR yang lebih rendah boleh dibuat secara langsung kepada Global Payments. Permohonan akan dipertimbangkan oleh Global Payments berpandukan jumlah transaksi sebenar.

 

Bolehkah saya memohon untuk mPOS jika saya seorang peniaga daripada industri kecantikan?

Aplikasi mPOS adalah bergantung kepada polisi risiko pihak pemeroleh dan Global Payments. Peniaga dari industri kecantikan dikategorikan sebagai “berisiko tinggi” dan mungkin memerlukan dokumentasi tambahan.

 

Saya mempunyai 2 cawangan dan ingin mendepositkan dana ke dalam 2 akaun bank yang berbeza. Adakah ianya boleh dilakukan?

Ya. Di dalam permohonan anda, sila nyatakan akaun bank yang sepadan bagi setiap ID Peniaga dan ID Terminal yang berkenaan.

 

Bilakah waktu terakhir bagi penjelasan pembayaran?

Waktu terakhir penjelasan pembayaran adalah pada pukul 11 malam, iaitu sebelum proses kelompok Cardlink (hos kad kredit) pada pukul 11.01 malam bagi membolehkan pembayaran jualan dikreditkan kepada peniaga pada hari perniagaan yang seterusnya.

 

Apa yang akan berlaku kepada transaksi yang dilakukan selepas waktu terakhir penjelasan pembayaran?

Transaksi akan dijelaskan pada keesokan hari dan akan dibayar pada hari perniagaan yang seterusnya.

 

Berapa lamakah tempoh rekod jualan yang disimpan di dalam aplikasi mPOS Maxis?

Hanya transaksi yang berada di dalam tahap pra-penjelasan akan disimpan di dalam rekod jualan.

 

Bilakah transaksi boleh dibatalkan?

Bila-bila masa sebelum penjelasan pembayaran diselesaikan.

 

Bolehkah pelanggan sedia ada Maybank mPOS menaik taraf kepada Maxis mPOS?

Ya, pelanggan sedia ada Maybank mPOS boleh menaik taraf kepada Maxis mPOS dengan mengisi borang permohonan untuk kad pembaca baru. Sebarang caj pembatalan kontrak lama tetap akan dikenakan.

 

Adakah saya perlu memiliki akaun peniaga yang tertentu dengan mana-mana bank?

Tidak, anda boleh menggunakan akaun peniaga bank pilihan anda untuk mendepositkan dana.