Bagaimana cara untuk dapatkan
ONEBusiness Fibre bagi
perniagaan saya?

Dapatkan ONEBusiness Fibre dengan beberapa langkah mudah

Pendaftaran

Isi borang di laman web kami dan kami akan semak liputan di kawasan anda.

SMS pengiktirafan akan dihantar selepas anda mendaftar.

Atur janji temu

Kami akan mengaturkan janji temu pemasangan di premis anda.

Maklumat pemasangan juga akan dihantar melalui SMS.

Pengesahan janji temu pemasangan

Anda akan menerima pengesahan janji temu yang muktamad.

Caj akan dikenakan bagi sebarang pertukaran selepas tarikh ini.

Hari pemasangan

Pelan fiber anda akan dipasang oleh pakar Maxperts kami di premis untuk memastikan rangkaian berfungsi dengan lancar.

Kami syorkan kakitangan IT anda hadir ketika proses pemasangan.

Nota:

1. Jika anda ingin tukar tarikh temu janji, sila hantarkan mesej WhatsApp ke +6012 215 2670 sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan.

2. Sila berikan perhatian kepada beberapa perkara penting ini sebelum tibanya hari pemasangan:

  • Pastikan anda mempunyai permit premis sebelum pemasangan dan dapatkan kelulusan yang diperlukan (jika perlu).

  • Pengurus / kakitangan IT syarikat anda wajib hadir ketika pemasangan dilakukan.

  • Pastikan premis anda tidak melakukan sebarang pengubahsuaian dan mempunyai bekalan elektrik.

  • Sediakan soket elektrik yang cukup dan wang tunai kerana caj tambahan mungkin dikenakan untuk kerja pengkabelan.