Maxis mDrive

Kesan dan pantau kenderaan perniagaan pada masa nyata.

Pengurusan kenderaan perniagaan lebih mudah
dengan penyelesaian pasang dan pakai.

Cara mDrive mengoptimumkan pengurusan kenderaan perniagaan anda

Pemantauan
menyeluruh

Pantau pengunaan kenderaan dan prestasi pemandu dalam satu papan pemuka.

Optimumkan 
kos

Rancang dan optimumkan perjalanan bagi mengurangkan pembaziran bahan api dan penyelenggaraan kenderaan.

Tingkatkan
produktiviti

Kurangkan kekerapan ke bengkel dengan memantau tahap dan keadaan kenderaan bagi mengelakkan gangguan yang tak dijangka.

Pemanduan
selamat

Tingkatkan prestasi dan keselamatan dalam perjalanan dengan mengaktifkan sistem amaran dan memantau tingkah laku 

Ciri-ciri mDrive

Lokasi Semasa Kenderaan
Ketahui lokasi kenderaan serta-merta dan pastikan sama ada ia sedang
dipandu atau diparkir.

Tinjauan Rekod Perjalanan
Lihat perincian untuk setiap perjalanan, termasuklah jarak pemanduan,
masa diperlukan dan anggaran penggunaan petrol.

Had Pemanduan
Tetapkan had pemanduan dan terima maklumat jika kenderaan
dipandu melebihi had laju atau ketika di luar masa.

Geo-fencing 
Tetapkan sempadan pemanduan dan terima makluman apabila
kenderaan anda masuk atau keluar dari kawasan.

Keadaan Kenderaan
Ketahui sama ada kenderaan anda selamat untuk dipandu sebelum
dipandu oleh pekerja anda.

Dapatkan akses masa nyata untuk kenderaan anda dalam 3 langkah


Langkah 1
Cari port diagnostik (OBD-ii) di bawah papan pemuka anda.


Langkah 2
Buka penutup dan masukkan peranti mDrive.


Langkah 3
Muat turun aplikasi mDrive MY daripada Google Play atau App Store, log masuk dan mula uruskan kenderaan anda.

*Untuk Enhanced mDrive Wired Solution, kami akan menghantar pemasang profesional.


 

Jaminan kualiti terbaik

mDrive anda disertakan dengan waranti sepanjang hayat bagi memastikan jaminan kualiti. Ia juga dilindungi oleh pelekat perlindungan pada kedua-dua bahagian, untuk jaminan keselamatan dan ketulenan produk.


 

Nikmati kadar istimewa
sebagai pelanggan MaxisONE Business atau ONEBusiness Flexi

Pelanggan MaxisONE Business/
ONEBusiness Flexi
Bayaran
(kontrak 24 bulan)

RM 59

+
RM15 (pilihan)
Enhanced mDrive Wired Solution

(tidak dicaj selepas 24 bulan)*

Pakej Termasuk

Peranti mDrive
(Peranti pasang & pakai/ wayar)
dengan waranti sepanjang hayat

 

PERCUMA 

Applikasi mDrive MY
(iOS & Android)

 

 Bukan Pelanggan MaxisONE Business/ ONEBusiness Flexi
Bayaran
(kontrak 24 bulan)

RM 69

+
RM15 (pilihan)
Enhanced mDrive Wired Solution

(tidak dicaj selepas 24 bulan)*

Pakej Termasuk

Peranti mDrive
(Peranti pasang & pakai/ wayar)
dengan waranti sepanjang hayat
 

PERCUMA 

Applikasi mDrive MY
(iOS & Android)

 

 

 

 

Pilihan tambahan:

Perantauan antarabangsa @ RM25 sebulan

                                                          

Muat turun aplikasi mDrive MY sekarang

Perhatian:

  • Perkhidmatan mDrive akan dicaj setelah SIM diaktifkan dan akan dicaj secara bulanan


Mari kembangkan perniagaan anda

Anda mempunyai soalan berkaitan penyelesaian perniagaan kami? Hubungi kami di 1700-818-881 atau kongsikan maklumat perhubungan anda untuk kami hubungi.

 

Ruang ini adalah wajib diisikan
Ruang ini adalah wajib diisikan
Ruang ini adalah wajib diisikan
60
Ruang ini adalah wajib diisikan
 

Dengan menekan butang "Setuju & hantar", anda bersetuju dan membenarkan pengumpulan dan pemprosesan maklumat peribadi anda, seperti yang diberikan di atas, selaras dengan Kenyataan Privasi Maxis.

Relaks, Maxperts kami sentiasa
bersedia
membantu anda

Anda boleh bergantung kepada kami sama ada untuk nasihat IT, pencarisilapan jarak jauh, atau bantuan di tempat perniagaan. Kami uruskan soal teknologi maklumat, supaya anda fokus kepada perniagaan anda.


 

Soalan Sering Ditanya


Apa itu mDrive?
mDrive adalah satu penyelesaian yang merangkumi perkakasan, perisian, perkhidmatan dan ketersambungan bagi memudahkan untuk mengemudi flit anda.

Dengan mDrive, anda boleh mengesan lokasi, corak pemanduan dan kecekapan flit melalui portal web atau aplikasi telefon dalam masa nyata. 

Kenderaan jenis apa yang serasi dengan mDrive?   
mDrive serasi dengan hampir semua kereta, van, bas dan trak.

Anda boleh guna Plug & play mDrive jika kenderaan anda mempunyai Port Diagnostik Dalam Kenderaan (OBDii). Kebanyakan kereta yang dibuat selepas tahun 2010 akan mempunyai satu port.

Bagi kenderaan lain, kami mempunyai mDrive versi berwayar yang disertakan sekali dengan khidmat pemasangan sebagai sebahagian daripada langganan. 

Adakah waranti kereta saya akan terjejas jika saya pasang mDrive? 
Tidak, waranti anda tidak akan terjejas. mDrive direka cipta untuk tidak mengganggu kenderaan.    

Apa yang berlaku sekiranya tiada liputan rangkaian?
   
Semua peranti mDrive dilengkapi dengan memori dalaman dan data lokasi akan dihantar apabila rangkaian disambungkan semula.    

Bolehkah kenderaan saya dikesan luar dari Malaysia? 
 
Ya, mDrive boleh digunakan untuk perantauan di Singapura, Thailand dan Indonesia.