Maxis mPatrol

Pantau aset peribadi anda pada bila-bila
masa,  dan di mana-mana sahaja.

Gunakan teknologi pemantauan satelit terkini untuk menguruskan aset anda di seluruh dunia 

Jangan tertanya-tanya di mana aset berharga anda berada. Dengan mPatrol, anda boleh memantau kakitangan dan aset tetap atau mudah alih seperti kapal nelayan, bot, lori, atau pekerja luar tapak mana-mana sahaja di Malaysia dan di kebanyakan bahagian dunia.

Faedah menggunakan mPatrol 

Tingkatkan Pemantauan

Satelit orbit bumi rendah (LEO) memantau pekerja dan aset walaupun di kawasan terpencil dengan liputan mudah alih yang lemah. 

Lebih selamat

Kekalkan keselamatan di tempat kerja anda untuk pekerja dan para tetamu.   

 

Lebih efisien

Jimatkan masa dengan memantau aset dan pekerja anda dengan lebih efisien.    

Pemantauan had geografi

Tetapkan had geografi untuk memastikan aset hanya berada di lokasi yang ditetapkan.

Daftar untuk mPatrol dan nikmati ciri-ciri berikut    

Jaminan penuh
Nikmati ketenangan minda dengan penyelesaian pemantauan mudah untuk perniagaan anda.    

Tawaran perkhidmatan serba lengkap
Penyelesaian sehenti berpandukan satelit memastikan perkhidmatan maksimum dan gangguan yang minimum.    

Akses 24 jam
Alami pengalaman masa nyata tentang keberadaan aset dan pekerja melalui telefon pintar atau komputer. 

Sokongan berdedikasi Maxperts
Kami menawarkan sokongan pakar teknikal 24/ 7 melalui panggilan pada bila-bila masa sahaja. 

Penggantian 1 untuk 1
Kami akan menggantikan peranti anda yang rosak, selagi ia dalam tempoh waranti.   

       

Pilih pakej yang terbaik untuk perniagaan anda

mPatrol Personal

Pemantauan Lokasi

Rating IP67

 



(kalis habuk dan rintang cecair)


Selang masa pemantauan:
Setiap 5, 10, 30 atau 60 minit




Jangka hayat bateri sehingga 25 hari dengan masa aktif 8 jam/ hari dengan selang masa pemantauan 5 minit (Bateri Litium 4x AAA)
ATAU
Dikuasakan dengan bekalan DC atau AC

mPatrol Industrial

Pemantauan Lokasi

Pemantauan had geografi

Pemantauan (Sensor)

Rating IP68    


(kalis air dan habuk)


Selang masa pemantauan:
• 3 kali sehari (Setiap 8 jam)
• 6 kali sehari (Setiap 4 jam)
• Tanpa had untuk setiap 5 minit dan ke atas


Jangka hayat bateri tahan sehingga 400 hari dengan selang masa pemantauan setiap 8 jam
ATAU
Dikuasakan dengan bekalan DC atau AC (disarankan sebagai punca kuasa)

 


Bersama kita majukan perniagaan anda

Hubungi 1800-82-1919 atau tinggalkan butiran dan kami akan menghubungi anda semula.

 

Ruang ini adalah wajib diisikan
Ruang ini adalah wajib diisikan
Ruang ini adalah wajib diisikan
60
Ruang ini adalah wajib diisikan
 

Dengan menekan butang "Setuju & hantar", anda bersetuju dan membenarkan pengumpulan dan pemprosesan maklumat peribadi anda, seperti yang diberikan di atas, selaras dengan Kenyataan Privasi Maxis.


 

Soalan Sering Ditanya


Apakah liputan perkhidmatan untuk mPatrol? Bolehkah saya memantau aset dengan mPatrol Industrial di seluruh dunia?
Pantau pekerja atau aset anda dengan mPatrol di kebanyakan lokasi di dunia, selagi anda membuat perjalanan di bawah perlindungan perkhidmatan mPatrol. Perkhidmatan ini boleh di akses di seluruh dunia, termasuk hampir seluruh lokasi di Amerika Selatan, Eropah dan Australia; sebahagian lokasi di Amerika Utara, Afrika Selatan dan Asia; serta ratusan kilometer daripada pantai kawasan tersebut. Sila periksa liputan mPatrol sebelum memasang peranti mPatrol ke aset anda.   

Apakah yang patut dilakukan jika mendapati aset saya mungkin dicuri atau dirampas?
Hubungi pihak berkuasa tempatan segera dan maklumkan bahawa anda mendapat makluman pergerakan yang tidak dibenarkan dan yakin bahawa aset anda telah dicuri atau dirampas. Berikan lokasi latitude dan longitude mPatrol anda untuk tindakan yang pantas.   


Bolehkah perkhidmatan mPatrol Industrial ditukar dengan perkhidmatan Personal (dan sebaliknya)?
Tidak. Jika ingin bertukar di antara mPatrol Industrial dan Personal service, anda perlu membatalkan langganan perkhidmatan mPatrol Industrial sebelum melanggan perkhidmatan mPatrol Personal.

Bolehkah saya membuat panggilan daripada peranti mPatrol?
Tidak, peranti mPatrol tidak menyediakan perkhidmatan panggilan masuk atau keluar.    

Apakah maksud rating IP67/ IP68?
Rating IP, atau Rating Perlindungan Kerintangan, merupakan tahap perlindungan terhadap bahan pepejal atau cecair bingkai barangan elektrik.

IP – 67: Kalis Habuk dan Rintang Air 
IP – 68: Kalis Habuk dan Air