Apakah perbezaan di antara pelan mPOS Bluetooth dan pelan mPOS kendiri? Apakah pelan yang paling sesuai untuk perniagaan saya?
Sekiranya perniagaan anda memerlukan anda untuk sentiasa berada di lokasi yang berlainan, kami menyarankan anda supaya melanggan pelan mPOS kendiri . Pelan bernilai RM62/bulan ini didatangkan dengan kad SIM Maxis IoT “Always On” yang memberikan ketersambungan berterusan tanpa tempoh tergendala.
Apakah perbezaan di antara pelan RM22/bulan dan pelan RM42/bulan? Adakah perantinya berbeza?
Tiada perbezaan. Kedua-dua pelan didatangkan dengan satu mPOS Bluetooth yang mesra “Paywave”. Pelanggan yang telah mendaftar untuk pelan Maxis Business atau pelan Maxis Business Postpaid, boleh melanggan pelan RM22/bulan. Tetapi, jika anda tidak berminat untuk melanggan mana-mana pelan Maxis Business atau pelan Maxis Business Postpaid, anda masih boleh melanggan pakej mPOS pada harga RM42/bulan.
Adakah peranti-peranti ini boleh memproses kad Visa, Mastercard, AMEX, JCB dan CUP?
Peranti mPOS boleh menerima kad debit dan kad kredit Visa dan MasterCard.
Apakah itu “Data tanpa had untuk transaksi mPOS”?
Dengan menggunakan talian Maxis yang tertera pada kadar pelan, transaksi mPOS anda akan dijalankan pada kelajuan penuh dan data anda TIDAK akan disekat walaupun kuota data telah habis digunakan. Ini memastikan transaksi mPOS anda lancar pada setiap masa.
Apa yang berlaku jika pelanggan memasukkan alamat emel atau nombor telefon yang salah untuk e-resit?
Ketulenan alamat emel atau nombor telefon tidak boleh disahkan oleh sistem ini. Ia hanya akan mengesahkan format alamat emel dan nombor telefon. Ini bermakna e-resit akan dihantar kepada alamat emel atau nombor telefon yang telah dimasukkan ke dalam sistem, sama ada tepat atau pun tidak.
Adakah terdapat kaedah untuk menghantar semula e-resit?
Ya, ada satu kaedah untuk menghantar semula e-resit. Sila pergi ke laman Menu pada aplikasi mudah alih dan pilih: Sales History > Select Transaction > Resend Receipt
Klik di sini untuk membaca terma dan syarat penuh