#MYBaikHati | Sumbang peranti kepada keluarga B40! Baca

Sumbang peranti kempen #MYBaikHati! Baca

di sini

Strategi Sandaran 3-2-1: Tiga Langkah Mudah untuk Melindungi Data Anda

Selalunya, ramai peniaga yang menjaga data sama seperti menjaga kesihatan mereka. Iaitu, secara sambil lewa sehingga sesuatu terjadi. Berlainan pula dengan mereka yang mengambil berat tentang data dan kesihatan, mereka lebih mementingkan pencegahan daripada pemulihan.

Walaupun kebanyakan pemilik perniagaan tahu tentang kepentingan melindungi data, mereka juga sering mendedahkan data untuk diancam. Seperti tidak melindungi dengan cara yang betul atau merasakan bahawa data mereka dilindungi oleh pembekal perisian. Walaubagaimanapun, jika mereka membaca butiran terma dan syarat OneDrive dan Google Docs, keselamatan data mereka sebenarnya tidak dijamin.

Inilah yang patut diambil tahu oleh setiap pemilik perniagaan. Sebagai ketua yang perlu memastikan perniagaan terus berjalan, melindungi data ialah tanggungjawab penting buat mereka.

Peraturan sandaran 3-2-1

Peraturan sandaran 3-2-1 menyediakan rangka kerja yang mudah difahami tentang cara sandaran berfungsi dan bantuan yang setiap syarikat perlukan untuk memastikan strategi perniagaan mereka lebih cekap. Rangka kerja ini akan memastikan walau apa yang terjadi kepada data original atau sandaran utama, mereka masih boleh menyelamatkan data tersebut untuk meneruskan operasi.

Ini apa yang dimaksudkan dengan nombor-nombor tersebut:

3 – Tiga ialah jumlah salinan minima yang diperlukan untuk data anda.

2 – Dua salinan ini, perlu disimpan di dalam peranti utama untuk simpanan data dan yang kedua disimpan di dalam unit storan tempatan. Selalunya, ia akan disimpan pelayan di lokasi atau cakera keras luaran.

1 – Satu salinan data perlu di simpan di lokasi berasingan. Yang lebih tepat, disimpan di public cloud.

Mengapa 3-2-1?

Mempunyai sekurang-kurangnya satu sandaran data ialah langkah bijak. Dengan sandaran data, anda boleh mengakses data yang hilang atau rosak dengan pantas misalnya jika komputer anda rosak.

Walaubagaimanapun, satu simpanan salinan sahaja tidak cukup untuk menangkis segala ancaman. Bagaimana jika cakera keras luaran yang mempunyai segala data sandaran berada di dalam beg yang sama dengan komputer riba anda dan ia telah dicuri? Bagi kes lain, apa akan terjadi jika berlakunya kebakaran atau banjir di pejabat? Pelayan juga akan rosak jika terdedah kepada api dan air seperti barangan elektrik lain.

Itulah sebabnya mengapa anda memerlukan salinan ketiga yang disimpan di lokasi lain. Jarak fizikal itu sahaja akan memastikan jika terjadinya kecurian atau bencana alam, anda tetap mempunyai satu salinan yang tidak terjejas dan boleh diakses untuk menyelamatkan perniagaan anda.

Malah, kos untuk simpanan cloud amatlah rendah, jadi, dengan jaminan keselamatan yang diberikan, anda semestinya memerlukan perkhidmatan ini.

Bagaimana 3-2-1 melindungi anda daripada serangan siber

Jumlah syarikat yang terkena serangan siber melibatkan data penting kian meningkat hari demi hari. Serangan siber seperti ini selalunya bertujuan untuk mensabotaj, memadam, mencuri atau menjadikan data anda sebagai tebusan.

Serangan siber boleh terjadi di setiap rangkaian di serata dunia, oleh itu apa yang anda perlukan ialah solusi sandaran jarak jauh untuk mengenal pasti ancaman dan memotong akses. Teknik yang dikenali sebagai 'air gapping' ini ditawarkan oleh pembekal yang menyediakan khidmat sandaran (BaaS). Ia berfungsi seperti pintu gerbang yang akan sentiasa ditutup rapi dan sedia untuk diakses bila anda perlukan.

Adakah 3-2-1 penyelesaian muktamad?

Oleh kerana data merupakan satu aspek yang sangat penting untuk meneruskan perniagaan, khidmat perlindungan data juga akan berubah mengikut masa untuk memastikan data dapat dilindungi dengan baik. Ia termasuk mempunyai sandaran yang selamat dan mudah untuk diakses. Peraturan sandaran 3-2-1 ini hanyalah keperluan minima untuk memastikan data perniagaan anda dapat dilindungi.

Pada masa kini, banyak syarikat dan peniaga yang tidak lagi menggunakan sandaran fizikal dan bertukar ke cloud walaupun sebagai sandaran utama. Walaubagaimanapun, tidak kira apa jenis perisian yang dipadankan dengan cloud ia tidak bermakna mereka bertanggungjawab ke atas data anda. Anda masih juga perlu menyimpan salinan data di sekurang-kurangnya tiga lokasi.

Melindungi data anda bermakna melindungi perniagaan anda

Jadikan 3-2-1 sebagai langkah permulaan, bukan penamat bagi strategi sandaran anda. Ini ialah langkah pertama untuk anda faham bahawa perlindungan data mempunyai beberapa lapisan berlainan. Ancaman siber tetap akan wujud walau apa terjadi sekalipun dan ia akan menjadi lebih rumit hari demi hari. Jadi anda perlu bertanggungjawab untuk memastikan anda bukan sasaran mudah.

Pemulihan data memerlukan pemerhatian yang teliti tentang jenis data yang dimiliki, risiko yang bakal dihadapi dan bagaimana cara untuk menangani risiko berikut. Lagipun, strategi sandaran berfungsi seperti insuran kesihatan syarikat anda. Jika apa-apa terjadi, anda akan menerima bantuan untuk meneruskan operasi dengan pantas.

CATEGORIES