mPOS

Pusat sehenti untuk penyelesaian pembayaran
kad mudah alih anda.

Perniagaan tanpa sempadan

Maxis mPOS memudahkan anda ketika berurusan dengan pelanggan. Dengan menggunakan peranti bersaiz poket, 
lakukan pembayaran kad kredit atau debit yang selamat dengan segera,dan terima dana terus ke dalam akaun anda pada keesokan hari.

Daftar untuk mPOS dengan pelan MaxisONE Business atau ONEBusiness Flexi, hanya serendah RM22/bln.

Faedah

Tanpa Kerisauan

Terminal pembayaran bersepadu yang sentiasa aktif dan selamat, dengan caj transaksi yang lebih rendah.

Laporan Masa Sebenar

Dapatkan akses untuk laporan jualan dan transaksi perniagaaan pada setiap masa dan di mana sahaja.

Pembayaran Lancar

Tingkatkan kelancaran proses dengan pembayaran tanpa sentuh.

Mudah

Tiada pembayaran pendahuluan diperlukan, hanya satu pusat untuk keseluruhan proses.

Cara berfungsi


Langkah 1

Tekan mana-mana butang untuk mula dan pilih "Card Sale" untuk memasukkan jumlah.


Langkah 2

Minta pelanggan untuk memasukkan, lerest atau sentuh kad.


Langkah 3

Minta pelanggan memasukkan PIN atau log masuk pada paparan dan tekan 'OK' untuk meneruskan pembayaran.


Langkah 4

Pelanggan boleh memasukkan nombor telefon atau alamat emel untuk menerima resit melalui SMS atau emel.

Dapatkan kadar istimewa untuk mPOS 
dengan MaxisONE Business atau ONEBusiness Flexi

Mana - mana Pelan MaxisONE Business/
ONEBusiness Flexi
Caj Komitmen Bulanan

RM22

Panggilan dan SMS

Seperti pelan asas

Data

Seperti pelan asas

Mana - mana  pelan Maxis
Enterprise lain
 
Caj Komitmen Bulanan

RM42

Panggilan dan SMS

Tiada

Data

Tiada

 

 

Dengan IoT SIM
 
 
Caj Komitmen Bulanan

RM62

Panggilan dan SMS

Tiada

Data

30MB
  • Setiap mPOS card reader disertakan dengan 1 tahun waranti dan penggantian tersedia dengan caj RM500 seunit.
  • Tertakluk kepada kelulusan daripada perkhidmatan kad saudagar oleh bank pemprosesan.
  • Harga tertakluk kepada cukai perkhidmatan.
  • Semua pelan di atas menawarkan pembaca kad mPOS dengan ciri-ciri tanpa sentuh.
  • Pembaca kad mPOS adalah mesra Bluetooth untuk "Mana-mana Pelan MaxisONE Business/ONEBusiness Flexi" dan "Mana-mana pelan Maxis Enterprise lain".
  • Semua pelan di atas memberikan anda akses ke portal peniaga untuk pemantauan transaksi yang mudah.
  • Hanya pelanggan "Mana-mana Pelan MaxisONE Business/ONEBusiness Flexi" dan "Pelan Dengan IoT SIM" dapat menikmati transaksi mPOS tanpa had.
  • Anda bakal menerima pembaca kad kendiri, disertakan dengan IoT SIM yang memberikan data perantauan domestik jika melanggan "Pelan Dengan IoT SIM".
 

Panduan Pengguna

Muat turun panduan berguna untuk mengetahui cara penetapan dan menggunakan mPOS pada peranti anda
dan cara menggunakan portal peniaga.


 


Mari berbincang

Mahu ketahui lanjut? Hubungi kami di 1700-818-881 atau jadualkan panggilan semula di bawah.

 

Ruang ini adalah wajib diisikan
Ruang ini adalah wajib diisikan
Ruang ini adalah wajib diisikan
60
Ruang ini adalah wajib diisikan
 

Dengan menekan butang "Setuju & hantar", anda bersetuju dan membenarkan pengumpulan dan pemprosesan maklumat peribadi anda, seperti yang diberikan di atas, selaras dengan Kenyataan Privasi Maxis.


 

Soalan Sering Ditanya


Apakah perbezaan di antara pelan mPOS Bluetooth dan pelan mPOS kendiri? Apakah pelan yang paling sesuai untuk perniagaan saya?
Sekiranya perniagaan anda memerlukan anda untuk sentiasa berada di lokasi yang berlainan, kami menyarankan anda supaya melanggan pelan mPOS kendiri . Pelan bernilai RM62/bulan ini didatangkan dengan kad SIM Maxis IoT “Always On” yang memberikan ketersambungan berterusan tanpa tempoh tergendala.

Apakah perbezaan di antara pelan RM22/bulan dan pelan RM42/bulan? Adakah perantinya berbeza?
Tiada perbezaan. Kedua-dua pelan didatangkan dengan satu mPOS Bluetooth yang mesra “Paywave”. Pelanggan yang telah mendaftar untuk pelan MaxisONE Business atau pelan ONEBusiness Flexi, boleh melanggan pelan RM22/bulan. Tetapi, jika anda tidak berminat untuk melanggan mana-mana pelan MaxisONE Business atau pelan ONEBusiness Flexi, anda masih boleh melanggan pakej mPOS pada harga RM42/bulan.

Adakah peranti-peranti ini boleh memproses kad Visa, Mastercard, AMEX, JCB dan CUP?
Peranti mPOS boleh menerima kad debit dan kad kredit Visa dan MasterCard.

Apakah itu “Data tanpa had untuk transaksi mPOS”?
Dengan menggunakan talian Maxis yang tertera pada kadar pelan, transaksi mPOS anda akan dijalankan pada kelajuan penuh dan data anda TIDAK akan disekat walaupun kuota data telah habis digunakan. Ini memastikan transaksi mPOS anda lancar pada setiap masa.

Apa yang berlaku jika pelanggan memasukkan alamat emel atau nombor telefon yang salah untuk e-resit?
Ketulenan alamat emel atau nombor telefon tidak boleh disahkan oleh sistem ini. Ia hanya akan mengesahkan format alamat emel dan nombor telefon. Ini bermakna e-resit akan dihantar kepada alamat emel atau nombor telefon yang telah dimasukkan ke dalam sistem, sama ada tepat atau pun tidak.

Adakah terdapat kaedah untuk menghantar semula e-resit?
Ya, ada satu kaedah untuk menghantar semula e-resit. Sila pergi ke laman Menu pada aplikasi mudah alih dan pilih: Sales History > Select Transaction > Resend Receipt

Klik di sini untuk membaca terma dan syarat penuh