Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Bersedia untuk e-Invois, serahkan TIN anda hari ini.

Sedia untuk e-Invois, serah TIN anda.

Klik untuk Soalan Lazim

Sedia untuk daftar bersama Perantauan Antarabangsa

Teknologi Pengesan Kenderaan Yang Lebih Mudah: Apa Pemilik Syarikat Harus Tahu

Bila berbicara tentang armada kenderaan, kita selalunya berbicara tentang industri berkaitan seperti pengilangan, logistik dan perkhidmatan. Semuanya menjadi tunjang negara sejak berkurun lamanya dan dengan lambakan industri yang ditubuhkan kini tidak mahu berubah. Walaubagaimanapun, perubahan sedang berlaku tanpa menunggu kita. Keperluan kenderaan kian meningkat (pada 2021, aktiviti pembelian secara online di peringkat ASEAN dijangka akan meningkat sehingga dua kali ganda daripada jumlah $37.7 billion yang dicatatkan pada tahun 2017) termasuk peningkatan jumlah persaingan (pada Mac tahun ini, terdapat 116 perkhidmatan penghantaran berlesen di Malaysia).

Perniagaan moden memerlukan penyelesaian moden, jadi mari kita berbincang tentang cara untuk memajukan perniagaan anda bagi mencapai sasaran pada masa kini dan masa hadapan.

Rahsia' tentang teknologi pengurusan kenderaan

Artikel ini dibahagikan kepada tiga maklumat penting yang pemilik perniagaan harus tahu tentang teknologi perniagaan:

  1. Ia sangat penting
  2. Ia mudah untuk dilaksanakan
  3. Harganya berpatutan

1.  Ia sangat penting

Penyelesaian moden akan menjimatkan kos operasi pada jangka masa panjang dengan menyediakan perkhidmatan pengesanan dan kawalan kenderaan secara menyeluruh. Malah, mempunyai penyelesaian yang paling menyeluruh sama seperti mempunyai pembantu manusia yang sentiasa berada di kerusi penumpang setiap kenderaan yang beroperasi. Pembantu ini bukan sahaja akan memerhati, malah akan memperbaiki prestasi pemandu dan kenderaan. Mereka akan memberitahu pemandu tentang setiap pertukaran jadual atau jalan pintas terbaik. Mereka akan memastikan kerosakan kenderaan akan berada pada tahap minima. Mereka akan mengenal pasti tingkah lakiu merbahaya dan risiko lain. Mereka akan membantu mengurangkan penggunaan minyak dan premium insuran. Mereka akan memberitahu di mana lokasi kenderaan pada setiap masa dan akan memastikan setiap penghantaran, jam pemanduan dan jarak perjalanan dicatat dengan tepat.

Cuba baca semula ayat di atas, tapi kali ini fikirkan tentang kos yang perlu ditanggung syarikat anda untuk tidak melaksanakan segala perkara di atas. Misalnya, apakah risiko untuk tidak memberitahu pelanggan bahawa penghantaran mereka mengalami sedikit kelewatan? Berapakah jumlah yang perlu dibayar untuk saman, denda dan pembaikan kenderaan? Berapakah masa yang diperlukan sehari untuk menyiapkan tugasan tadbir yang sama? Adakah anda membayar lebih untuk minyak? Akhir sekali, tanya diri sendiri apa yang boleh dilakukan dengan wang yang dibazirkan untuk kos ini?

Inilah sebabnya mengapa penyelesaian pengurusan kenderaan sangat penting.

Fleet Tracking Technology Made Simple: What Company Leaders Need to Know

Jika anda boleh menggunakan aplikasi mudah alih, anda akan dapat menggunakan sistem pengurusan kenderaan.

2.  Ia mudah untuk dilaksanakan

Sudah pastinya setiap penyelesaian yang boleh didapati tidak serupa dan untuk membina armada yang sentiasa berhubung, kami akan memberitahu anda cara-caranya.

Apa yang anda perlu tahu penyelesaian yang bersesuaian akan membantu anda mencapai sasaran dari mula. Oleh itu, penyelesaian tersebut memerlukan tempoh tidak beroperasi yang pendek untuk disiapkan, malah sesetengah penyelesaian pasang dan guna tidak memerlukan sebarang masa yang berharga ini atau proses pemasangan pakar.

Anda mungkin pernah dengar perkataan 'telematik', iaitu kombinasi perkataan 'telekomunikasi' dan 'informasi'. Pembantu yang boleh dipercayai seperti yang dinyatakan di atas selalunya akan berada bersama kenderaan anda. Ia akan mengumpul dan menghantar maklumat ke peranti mudah alih atau komputer riba menggunakan teknologi IoT (Internet of Things).

Penyelesaian terbaik yang selalunya akan menyediakan bantuan pengurusan kenderaan secara menyeluruh juga mudah untuk dipelajari. Sesiapa yang mahir menggunakan aplikasi telefon pintar akan mahir menggunakan penyelesaian ini. Berbanding penyelesaian lain yang kuno, penyelesaian moden kini menggunakan cloud dan boleh digunakan melalui peranti sedia ada, tidak kiralah ia milik syarikat atau komputer riba peribadi, telefon pintar, tablet dan lain-lain lagi.

Setiap latihan boleh dilaksanakan dengan mudah dan disasarkan untuk pengguna utama, walaupun sistem yang baik akan mengambil alih beberapa tugasan seperti perancangan laluan, log jumlah jam dan lain-lain. Setelah diautomasikan, tugasan ini tidak lagi memerlukan bantuan manusia untuk disiapkan.

Dalam erti kata lain, penyelesaian ini boleh digunakan serta merta; mengumpul dan menghantar data penting kepada pengurusl, staf, pemandu atau pelanggan yang telah ditetapkan. Perisian pengurusan kenderaan ini juga perlu menyusun data untuk memastikan anda dapat memahami data dengan mudah. Paparan yang mudah akan memberitahu anda jika kenderaan berada di lokasi yang tepat, tidak kiralah jika lewat atau perkara seperti penyelenggaraan pencegahan sedang berjalan.

3. Harganya berpatutan

Selalunya, syarikat logistik dan perkhidmatan susah untuk membelanjakan wang untuk teknologi bantuan. Ia mungkin benar jika teknologi tersebut disertakan dengan perkakasan atau kos yang tinggi. Seperti yang dinyatakan di atas, perkara ini telah berubah dengan perisian bercirikan cloud, yang menjadikan penyelesaian terkenal lebih murah untuk syarikat tidak mengira saiz.  

Bukan sahaja penyelesaian bercirikan langganan ini hanya mempunyai kos sebanyak beberapa ringgit sehari buat setiap kenderaan, malah anda hanya perlu membayar untuk apa yang anda perlukan, pada setiap bulan tanpa kos yang tinggi.

Penyelesaian sebegini sangatlah berbaloi kerana ia akan menjimatkan kos, meningkatkan kecekapan operasi dan mengurangkan risiko seperti yang boleh dibaca di artikel seterusnya: Memotong Kos Operasi dan Meningkatkan Kecekepan.

CATEGORIES