Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Bersedia untuk e-Invois, serahkan TIN anda hari ini.

Sedia untuk e-Invois, serah TIN anda.

Klik untuk Soalan Lazim

Kemenangan Ramadan dalam Norma Seterusnya: 10 Langkah untuk Meraih Lebih Pelanggan

Sekiranya ada satu perkara yang dapat kita pelajari semasa bulan Ramadan 2020 ialah rakyat Malaysia pantas menongkah arus perubahan. Tingkah laku membeli-belah mereka turut berubah pada bulan Ramadan dengan arus kemodenan yang lebih digital. Oleh itu, penting bagi peniaga untuk memanfaatkan pandangan terkini agar perniagaan mendapat perhatian dan meraih lebih banyak jualan. 

Berikut adalah 10 langkah untuk mengatasi hingar digital – dan menjangkau pembeli yang tepat pada masa yang tepat – memastikan operasi luar talian dan dalam talian dapat dicipta dengan berjaya untuk bulan Ramadan. 

Kemenangan Ramadan dalam Norma Seterusnya

10 LANGKAH UNTUK MERAIH LEBIH PELANGGAN

PERSEDIAAN UNTUK BERJAYA SECARA DIGITAL

 

  1. Pertumbuhan eDagang dipercepatkan 5 kali ganda
    Cipta kehadiran dalam talian di seluruh pasaran dan kedai web berjenama anda
    Tingkah laku pelanggan berbeza-beza di seluruh saluran. Jadilah strategik dalam menjual item pelepasan melalui pasaran dan terus menjual semua produk di kedai web.

  2. Peningkatan kadar penukaran 2 kali ganda di kalangan 45 tahun ke atas
    Kembangkan pengalaman membeli-belah dalam talian yang lancar dan mesra pengguna
    Akibat pandemik, pelanggan baharu dalam golongan berusia ini bertukar ke pembelian dalam talian sebagai keperluan. Perhatikan laman web UI/UX anda untuk menyesuaikan pengguna dalam talian baharu.

  3. Lebih daripada separuh jumlah pesanan dalam talian dibuat oleh pelanggan berumur di bawah 35 tahun
    Berikan pilihan pembayaran alternatif untuk golongan lebih muda dan mahir teknologi
    Galakan lebih banyak pembelian dalam demografi ini dengan menerima pembayaran kad kredit, menyediakan pilihan sistem Beli Dahulu, Bayar Kemudian untuk item tiket yang lebih tinggi dan menggabungkan laman web anda dengan eWallet.
    Sumber: Maxis eCommerce & Retail Data 2020

  4. Kesesakan lalu lintas antara jam 4 petang hingga 8 malam dan penutupan awal pejabat kastam boleh menyebabkan penghantaran lebih perlahan.
    Jadi pantas & tukar strategi pemenuhan anda untuk memenuhi permintaan pelanggan
    Beradaptasi dengan perubahan tingkah laku pengguna dan menerapkan proses operasi yang berbeza, terutamanya dalam memenuhi: tenaga kerja logistik sumber luar dan berkomunikasi mengenai kelewatan yang diharapkan dengan pelanggan secara telus.
    Sumber: Ramadhan eCommerce Opportunities  - Janio

  5. Kenaikan kadar pengabaian troli sebanyak 18%
    Lakukan konfigurasi e-mel pengabaian troli dan sediakan iklan pemasaran semula
    Pada bulan Ramadan 2020, kadar pengabaian troli meningkat apabila semakin banyak pengguna “tinjau tingkap dalam talian” untuk membuat perbandingan harga. Gunakan e-mel pengabaian troli automatik dan iklan pemasaran semula untuk kembali berinteraksi dengan pelanggan. 

  6. Pelan lebih awal dengan rakan logistik anda
    Sekatan penghantaran kargo, kesesakan lalu lintas ketika balik kampung dan cuti umum boleh mempengaruhi masa penghantaran anda. Periksa dengan rakan logistik anda dan berkomunikasi dengan pelanggan mengenai jangkaan waktu ketibaan pesanan mereka.
    Sumber: Ramadhan eCommerce Opportunities  - Janio

 

FAHAMI TINGKAH LAKU MEMBELI-BELAH PENGGUNA

 

  1. Mula merancang kempen Ramadan sebulan awal
    Pencarian dalam talian di bulan Ramadan bermula sebulan lebih awal menunjukkan bahawa pelanggan tidak sabar berbelanja membuat persiapan untuk bulan yang mulia. Mulakan perancangan kempen lebih awal dan Terus Menerjaui untuk menjangkau pelanggan anda.
    Sumber: FB's Ramadan & Eid Study 2020 by YouGov

  2. Kenali kategori produk mana yang paling popular semasa fasa Ramadan
    Waktu puncak untuk produk Fesyen, Kecantikan, Kediaman & Kehidupan adalah pada Minggu 1-2 Ramadan. Manakala waktu puncak untuk produk Eletronik pada Minggu Pertama Raya. Pastikan perniagaan anda dapat dilihat dalam talian ketika kategori produk anda sedang trending.
    Sumber: Google Search Data 2020

  3. Cipta promosi yang bernilai dan menarik untuk pendapatan
    Dua dari tiga pengguna lebih suka mengamalkan tawar-menawar semasa bulan Ramadan dan lebih berhati-hati dengan perbelanjaaan mereka oleh sebab keadaan semasa. Cipta promosi yang tidak dapat ditolak yang memberikan nilai hebat untuk mengatasi pesaigan anda.
    Sumber: FB's Ramadan & Eid Study 2020 by YouGov

  4. Bundle produk untuk membantu musim pemberian hadiah
    Pencarian Google untuk ‘Raya Hampers’ meningkat 1.5 kali ganda pada tahun 2020. Cipta hadiah bundle / hamper untuk meningkatkan Averange Bucket Size dan penuhi peningkatan pemberian hadiah.
    Sumber: googlemy_ramadanraya21.pdf
BONUS

12 ptg – 2 ptg & 8 mlm – 10 mlm

Jadualkan masa penjualan kilat anda dan lancarkan iklan pemasaran digital semasa waktu puncak lalu lintas

Trafik dan transaksi dalam talian semasa waktu puncak tengah hari dan selepas iftar. Raih lebih pelanggan dan berhubung dengan mereka dengan melancarkan jualan kilat, pemasaran e-mel dan pautan media sosial dalam jangka masa tersebut. 

 

Kami mengucapkan selamat maju jaya dalam merancang kempen Ramadan anda dan semoga anda dapat kecapi kejayaan perniagaan digital pada bulan Ramadan ini. 

Kekal Di Rumah. Kekal Selamat. Kekal Berhubung.

 

Untuk info lanjut, sila layari:

CATEGORIES