Ada cara ke nak onlinekan business tanpa mengeluarkan kos
Apakah cara untuk digitalisasi perniagaan tanpa mengeluarkan kos?
Cara Pemasaran
00:00:15
Di sini ada dua cara pemasaran untuk berkongsi:
- Pemasaran Organik (Organic Marketing)
- Pemasaran Berbayar (Paid Marketing)
Pemasaran Berbayar akan memberikan kesan dalam masa yang singkat. Malah Pemasaran Organik adalah cara percuma untuk membuatkan pemasaran, ia ambil masa yang lebih panjang untuk berkesan berbanding dengan Pemasaran Berbayar.
Tetapi kesannya amat penting untuk mengembangkan keseluruhan perniagaan anda.
Faktor Penting dalam Marketing
00:00:50
Kita harus kenal pastikan siapakah pelanggan kita melalui pemerhatian dan perhatikan pesaing kita.
Contohnya kita adalah penjual tudung, cuba tengok siapakah pesaing penjual tudung yang mempunyai banyak pelanggan dan mempunyai beberapa juta pengikut sosial media.
Mengajikan ciri-ciri pelanggan mereka secara keseluruhan. Benda ini amat penting untuk mengenal pasti siapakah pelanggan kita secara tepat.
Jika kita gagal kenal pastikan siapakah pelanggan kita, berapa banyak kita menaruh kewangan dalam Pemasaran Berbayar pun tidak akan membawa keputusan yang memuaskan.
Cara-cara Pemasaran Percuma
00:02:05
- Cari kandungan
Mengajikan kandungan yang relevan dengan pelanggan anda dan mengeluarkan organik posting. - FB Page
Facebook page adalah sangat berguna untuk sampai pelanggan yang banyak. Ia mampu menerima ramai pengikut dan amat senang untuk digunakan. - FB live
Apabila kita baru untuk menjalankan FB live, penonton memang tak akan banyak. Tetapi ia akan berkembang jadi ramai jika kita meneruskan usaha ini secara konsisten.
Makin lama makin ramai orang tengok, tahap kepercayaan mereka akan bertambah jika nampak kita secara live. Ini lagi senang untuk dapatkan kepercayaan dengan interaksi dengan kita secara live tanpa membayar. - FB messenger
Saluran yang baik untuk kekalkan hubungan selepas live dan membuat posting. Bagi tahu pelanggan boleh inbox/PM kepada kami jika terdapat sebarang soalan. - Telegram
Saluran Telegram merupakan tempat yang paling baik untuk lepak online, berbual dan voice chat. Kita boleh menganjurkan sesi soal jawab untuk menjawabkan soalan yang relevan dari pelanggan. - Whatsapp
Kita boleh berkomunikasi, bercakap dan layan PM dari Whatsapp secara efisien. Yang paling penting sekali, kita boleh menyebarkan Promosi dengan Whatsapp, Contohnya, Promosi Sempena Hari Merdeka, Promosi Hari Malaysia dan lain-lain.
You too, can be a hero of digitalisation.
Get up to RM5,000 off now