Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Bersedia untuk e-Invois, serahkan TIN anda hari ini.

Sedia untuk e-Invois, serah TIN anda.

Klik untuk Soalan Lazim

Sedia untuk daftar bersama Perantauan Antarabangsa

Memastikan Pemandu Anda Menyertai: Panduan Penting Untuk Atasi Tentangan Pekerja

Syarikat mengakui salah satu kebimbangan utama mereka mengenai mengadaptasi teknologi berkenaan adalah pemandu enggan diawasi. Kebanyakan pemandu sudah biasa bekerja dengan kebebasan mungkin akan salah anggap sistem baharu - yang sepatutnya melindung syarikat, kenderaan, dan pemandu sendiri - itulah 'polisi' utamanya.

Dalam artikel terakhir ini, kami menyediakan panduan untuk memastikan pemandu anda bukan sahaja menerima, malah menghargai apa pengurusan pengangkutan boleh lakukan untuk mereka.

 

Panduan 1: Jelaskan manfaat dengan jelas

Ini adalah perkara terbesar kerana membuat perubahan jadi mudah bila semua bersetuju. Perkara pertama yang terbaik adalah untuk mengajak orang lain melabur untuk perubahan. Biarkan pemandu tahu bahawa penyelesaian ini akan meningkatkan kualiti hidup mereka dari segi apa yang penting untuk mereka - sama ada faktor keselamatan lebih baik, pengurangan masa kertas kerja, lebih banyak penghantaran dibuat dalam sehari, atau bonus prestasi.

Mari kita ambil keselamatan sebagai contoh. 80% kemalangan di Malaysia terjadi kerana 'pemanduan tak berhemah, melebihi had laju dan kepenatan' dan sekurang-kurangnya satu dalam 10 kemalangan melibatkan kenderaan komersial. Tunjukkan demonstrasi bagaimana penyelesaian ini mampu membendung kemalangan dengan menghindari pemanduan berbahaya. Tunjukkan bagaimana, sekiranya kemalangan berlaku, data boleh digunakan untuk membuktikan pemandu ada tidak bersalah.

Perkara sama boleh dilakukan untuk menghalang kesalahan undang-undang. Tahun lepas, polis telah mengeluarkan 169 saman kepada pemandu lori dan pemandu kenderaan komersial lain untuk beberapa kesalahan dalam tempoh beberapa hari sahaja. Daripada jumlah ini, 43 saman melibatkan kesalahan berhenti di laluan kecemasan tanpa sebab. Sekali lagi, jika pemandu tidak bersalah, data daripada sistem anda akan membuktikannya. Berkenaan masa rehat, anda boleh tetapkan lokasi perhentian selamat di kawasan tidak melanggar undang-undang dalam perancangan perjalanan anda.

Kecurian kenderaan tetap menjadi masalah besar untuk syarikat dan merisikokan pemandu. Penyelesaiannya mungkin hanya membenarkan mereka membuat keputusan segera apabila mengalami masalah, contohnya jika kenderaan rosak atau berlaku rompakan.

Salah satu fungsi mesra pemandu adalah mengurangkan tugasan semua pemandu. Mereka tidak perlu lagi risaukan daftar masa masuk, perbatuan perjalanan, dan sebagainya. Mereka tidak perlu membazir masa mengatasi isu seperti (kerosakan/kemalangan) dengan membuat laporan atau perlu masuk ke pejabat. Semua ini boleh dilakukan untuk mereka secara automatik agar mereka boleh menumpukan pada perjalanan dan pemanduan yang selamat.

 

Panduan 2: Mengukuhkan kepercayaan

Nyatakan dengan jelas bahawa penyelesaian itu menjejaki harta syarikat (contoh, kenderaan) dan bukan pemandu. Bila pemandu berada dalam kenderaan, penyelesaian mengawasi untuk perlindungan dan efisyen. Terangkan bahawa hanya tingkah laku akan direkodkan dan, dengan pengecualian melanggar peraturan syarikat (contohnya menggunakan kenderaan untuk kegunaan peribadi), maklumat yang diambil akan digunakan untuk membantu pemandu meningkatkan prestasi mereka. Tunjukkan demonstrasi bagaimana pengawasan melindungi mereka daripada dituduh bersalah dalam kemalangan atau kesalahan trafik yang lain dan melindungi mereka daripada fitnah dan tuduhan pelanggan mengenai pemanduan berbahaya.

Getting Your Drivers Onboard: Vital Tips to Overcoming Employee Resistance

Nyatakan dengan jelas bahawa penyelesaian digunakan untuk menjejaki kenderaan, bukan pekerja.

Panduan 3: Dari memandu kenderaan ke memacu impak

Teknologi mengawal penjimatan dan kadar efisyen tapi tidak boleh menggantikan keseluruhan elemen kemanusian. Pemandu anda masih berada di belakang stereng dan memiliki pengetahuan mendalam selok-belok perniagaan dan pelanggan anda malah di atas jalan. Gunakan kepakaran itu. Dapatkan input pemandu bagaimana teknologi boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi mereka dan menjimatkan kos.

Apabila ingin menggunakan sistem baharu untuk mencapai matlamat anda, tetapkan pemandu anda untuk kejayaan. Jika mereka perlu memberikan maklumat, pastikan mereka selesa dengan papan pemuka dan fungsi penyelesaian.

Jika sistem mengemukakan sebarang isu, gunakan peluang ini untuk meningkatkan prestasi pemandu secara keseluruhan. Tangani isu secara langsung. Sebagai contoh, kendalikan latihan tentang keselamatan jalan raya, latihan pemanduan penjimatan minyak, dan sorotkan lokasi di sepanjang perjalanan mereka di mana kenderaan boleh letak kenderaan secara sah jika pemandu mahu rehat.

 

Panduan 4: Kongsikan ganjaran

Sistem anda tidak hanya sorotkan tingkah laku salah, namun ia juga memberitahu anda pemandu mana adalah bintang di syarikat anda. Gunakan sistem pengawasan terkini anda untuk memberi insentif kepada pemandu yang bekerja dengan bagus. Pertimbangkan untuk mengikuti amalan terbaik syarikat lain dan tunjukkan bahawa anda menghargai pekerja yang yang selalu mencapai matlamat seperti penghantaran dan panggilan tepat pada masa, atau memiliki pemanduan yang boleh dicontohi. Hadiahkan bonus dan hadiah kepada pemandu yang telah mengurangkan kos anda dan meningkatkan perkhidmatan untuk membina kuasa pengangkutan yang dicemburi pesaing anda

 

Panduan 5: Pastikan talian komunikasi kekal terbuka

Perkuatkan fakta yang anda hargai kepakaran pemandu anda dengan membenarkan mereka ekspreskan idea dan kebimbangan. Penyelesaian yang betul akan fasilitasikan komunikasi antara pemandu dan kakitangan utama, termasuklah mereka yang mengurus penjadualan, pembayaran, penyelenggaraan, dan sebagainya. Pilih sistem pengurusan pengangkutan senang di adaptasi dan membolehkan anda membuat perubahan bila perlu.

 

Panduan 6: Jangan Mudah Mengalah

Menguruskan perubahan bukanlah senang dan mengambil masa, jadi jangkakan beberapa masalah akan timbul dan selesaikannya. Dalam industri yang telah digubal dan ditetapkan oleh teknologi, permintaan pelanggan, ekonomi; dan tekanan tak dijangka daripada gangguan rantaian sumber yang berkait dengan PKP dan Covid-19, masih tak terlalu awal untuk mencipta budaya tangkas dan penambahbaikan berterusan.

Telah dinyatakan bahawa dalam tahun 2021, aktiviti beli-belah dalam talian ASEAN akan meningkat dua kali ganda sehingga 37.7 juta USD direkodkan dalam tahun 2017. Sebelum terjadinya PKP, Peta Arah Strategik e-Dagang Negara telah menunjukkan pertumbuhan sehingga 11% setiap tahun. PKP telah memaksa untuk kita mengubah banyak gaya hidup. Walaupun disekatan telah dibuka semula, terdapat keberangkalian pengguna masih mahu menggunakan perkhidmatan penghantaran ke rumah dan pejabat. Berita baiknya adalah ia membuka peluang hebat untuk syarikat menangani cabaran semasa. 

Walau bagaimanapun, dengan beratus lebihnya syarikat berdaftar bersedia untuk mengambil peluang berharga ini, pemenang akan ditentukan pada mereka yang memiliki operasi yang diperkemas, yang lebih efisyen dan lebih responsif. Dalam kata lain, mereka yang mempunyai penyelesaian pengurusan pengangkutan menjadi aspek utama mereka mencapai pelan perniagaan mereka.

CATEGORIES