Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Bersedia untuk e-Invois, serahkan TIN anda hari ini.

Sedia untuk e-Invois, serah TIN anda.

Klik untuk Soalan Lazim

Sedia untuk daftar bersama Perantauan Antarabangsa

Cultiveat: Dari B2B ke Peruncitan

Sehingga pertengahan Mac, syarikat pemula agritech Cultiveat Sdn Bhd berada di landasan yang tepat untuk mencapai matlamat pada tahun ini. Memiliki sebilangan pelanggan F&B, Cultiveat merancang untuk membuka lebih banyak ladang dan berusaha untuk menjual produknya pada bulan Jun.

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melibatkan langkah berjaga-jaga untuk mencegah penyebaran Covid-19 menyebabkan perancangan Cultiveat tergendala. Pada hari-hari berikutnya, hampir lapan tan sayur-sayur berlebihan telah rosak kerana pelanggan mereka mula mengurangkan operasi perniagaan walaupun restoran dan kafe dibenarkan beroperasi hanya dengan menawarkan sistem pembungkusan dan penghantaran.

Untuk menyelamatkan produk segar mereka daripada rosak, Ketua Pegawai Eksekutif Cultiveat, John-Hans Oei, memutuskan untuk terus menerajui rancangan syarikatnya dengan membuat penjualan secara langsung kepada pengguna akhir dan mempercepat persiapan laman web e-dagang.

"Kami bekerja keras untuk membina kesedaran dan meraih pelanggan dalam masa yang singkat. Pemasaran digital juga melibatkan pelbagai platform yang mempunyai fungi berlanan, jadi kami belajar di mana sahaja," kata Kon.

"Kami membekalkan 85% lebih sedikit kepada syarikat makanan dan minuman sepanjang tempoh ini," kata Charmaine Kon, ketua pemasaran di Cultiveat.

Berikutan penutupan kedai sementara dan langkah-langkah penjarakan diri dari segi sosial, e-dagang kini menjadi sebahagian besar dari kebiasaan tingkah laku pembeli runcit.

“Kami merancang untuk menjual sayur-sayuran secara langsung kepada pelanggan menjelang bulan Mei atau Jun. Oleh itu, kami tidak membuat sistem pembungkusan dan penghantaran. Kami juga masih belum banyak menanam jenis sayur untuk memulakan beroperasi B2C (perniagaan ke pengguna).

"Tetapi kerana kami sudah merancang untuk menjual sayur-sayuran secara langsung kepada pelanggan, kami memutuskan untuk mempercepatkan rancangan kami berikutan permintaan yang rendah daripada rakan-rakan F&B kami yang mengakibatkan lebihan bekalan," kata Kon.

Sayur-sayuran ini diusahakan dengan teknik pertanian ketepatan yang dibantu oleh teknologi, ditanam tanpa menggunakan racun perosak dan di ladang tertutup yang dikawalselia oleh cuaca di Kapar. Ladang Cultiveat juga bergantung pada sumber yang lebih sedikit dan kurang tenaga kerja.

Sayur-sayuran ini terdiri daripada pelbagai jenis sayuran hijau yang dijual dalam talian melalui www.cultiveat.co. Penghantaran kini terhad di lokasi tertentu di Lembah Klang dan percuma sehingga 14 April, apabila PKP dijangka berakhir.

Oleh kerana Cultiveat baru sahaja melancarkan inisiatif, pelanggan hanya mempunyai dua bungkusan untuk dipilih – Lettuce Mix dan Summer Crisps. Lettuce Mix terdiri daripada sekumpulan enam jenis kepala salad secara rawak seperti butterhead, romaine, mini cos, frisee, oakleaf, summer crisp, karang dan Batavia.

Kon berkata apabila Cultiveat memperoleh daya tarikan dan kestabilan yang lebih banyak, ia akan meningkatkan jumlah dan jenis tanaman yang dijual dalam talian.

Namun mereka menghadapi beberapa cabaran. Kon berkata pasukan pengurusan sedang mengendalikan pembungkusan dan penghantaran sayur-sayuran ke pusat pengedaran ketika ini kerana tiada pekerja di ladang disebabkan oleh PKP.

"Kami sedang membuat penyelenggaraan untuk bilik pembungkusan kami dan kami tidak dapat meminta kontraktor untuk datang menyiapkannya. Jadi, kami telah berpindah ke bilik sekunder, di mana ia kekurangan kemudahan dan memerlukan lebih banyak kerja manual,'' tambahnya.

Dalam mengendalikan pembungkusan dan penghantaran, Kon berkata pasukan pengurusan juga berurusan dengan perkhidmatan pelanggan dan perkhidmatan pentadbiran kerana syarikatnya tiada pekerja yang berkhidmat dalam peranan ini.

Melancarkan operasi B2C dengan pemberitahuan singkat itu juga bermaksud lebih sedikit masa untuk membuat pengumuman dan pemasaran yang perlu dilakukan.

"Kami bekerja keras untuk membina kesedaran dan meraih pelanggan dalam masa yang singkat. Pemasaran digital juga melibatkan pelbagai platform yang mempunyai fungi berlanan, jadi kami belajar di mana sahaja," kata Kon.

Disebabkan oleh PKP, Cultiveat menangguhkan rancangan untuk mengeksport hasilnya.

"Setelah itu, kami yakin dapat beroperasi dan berkembang kerana keselamatan makanan adalah lebih penting buat masa sekarang," katanya.

Cultiveat: Going From B2B to Retail 2

Hasil yang segar siap untuk pengguna akhir.


Artikel ini pada mulanya diterbitkan di The Edge pada 10 April 2020.
CATEGORIES