Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Bersedia untuk e-Invois, serahkan TIN anda hari ini.

Sedia untuk e-Invois, serah TIN anda.

Klik untuk Soalan Lazim

Kajian Kes Maxis eCommerce: Bagaimana Focus Point Mentransformasikan Pengalaman eDagang untuk Pelanggan Membeli Cermin Mata di Malaysia

quote

Dengan mendahulukan inovasi di dalam strategi kami, kami berjaya mengukuhkan operasi dan menambah jumlah pelanggan walaupun dengan situasi semasa yang kian berubah. - Joey Chun, Pengurus Bahagian Pemasaran & eDagang

Walaupun penjagaan kesihatan mata dikategorikan sebagai perkhidmatan penting semasa PKP, jumlah pelanggan yang mengunjungi kedai semakin berkurangan oleh kerana ramai yang memilih untuk berada di rumah. Semasa tempoh ini, Focus Point lebih menitik beratkan inovasi di laman web mereka untuk menyelesaikan masalah pandemik ini dan mentransformasikan pengalaman membeli cermin mata.

Ketahui bagaimana jenama ini mengenal pasti masalah, menyelesaikannya melalui inovasi dan mentransformasikan pengalaman membeli cermin mata di negara ini.

Bukan sekadar digitalisasi

Focus Point menjadi rakan niaga Maxis eCommerce & Retail pada akhir tahun 2018 dan apabila pandemik melanda, Focus Point telah menitikberatkan pengalaman membeli-belah secara online.

Walaupun ramai yang mengetahui tentang jenama ini secara digital melalui "online marketplace" dan laman web mereka, mereka berhadapan dengan cabaran baru. Kini, walaupun lebih banyak pelanggan membeli-belah secara online tetapi bagi industri cermin mata, mereka perlu menjadikan proses pembelian online unik untuk setiap pembeli bagi menjual produk mereka secara online dengan lebih efektif.

Apabila strategi tepat dengan inovasi eDagang bersatu

Tidak seperti produk lain, proses pembelian cermin mata bagi pelanggan mempunyai sedikit kerumitan. Selalunya, pelanggan ingin mencuba beberapa cermin mata dahulu untuk mencari yang sepadan sebelum membuat pembelian. Jadi bagaimana mereka dapat membantu pelanggan untuk mengenal pasti produk yang terbaik buat mereka semasa di rumah?

Bagi menyelesaikan dilema ini, mereka melancarkan Focus Point Tap & Try dengan teknologi Virtual Try-On di laman web mereka. Pelanggan dapat melihat diri mereka mencuba pelbagai reka bentuk cermin mata yang sepadan dengan citarasa mereka. Apabila pelanggan menemui produk yang disukai, mereka akan lebih selesa membeli cermin mata secara online.

Seterusnya, mereka perlu mencari jalan untuk mengurangkan beban pembelian oleh kerana beban kewangan yang dihadapi rakyat Malaysia buat masa kini. Dengan mengenal pasti masalah ekonomi yang dialami, Focus Point tekad untuk membantu rakyat Malaysia dan menjadikan penjagaan penglihatan lebih mudah didapati.

Maxis memutuskan agar mereka mencuba fungsi Beli Dahulu, Bayar Kemudian di laman web mereka. Pilihan pembayaran fleksibel ini dapat memberikan lebih faedah kepada pelanggan yang membeli secara online. Kini pengguna kad kredit atau debit dapat memilih untuk membuat ansuran tiga bulan tanpa sebarang faedah.

Bagi meningkatkan jualan secara online, Focus Point ingin memahami tingkah laku pelanggan untuk melaksanakan strategi jualan online demi mengekalkan pelanggan. Data yang diterima menunjukkan pengguna kanta lekap merupakan salah satu kategori pelanggan yang kerap membuat pembelian di laman web. Oleh sebab itu, Focus Point melancaran pakej langganan yang membolehkan pelanggan untuk membeli secara pukal dengan harga yang lebih rendah. Proses pembelian yang lebih mudah juga meningkatkan pengalaman pelanggan dan mengukuhkan kesetiaan pelanggan terhadap jenama ini.

Dengan kombinasi inovasi penambahbaikan laman web serta strategi pemasaran digital, kini jenama ini mampu memberikan pengalaman yang lebih baik secara online untuk pelanggan mereka.

Mencapai matlamat perniagaan dengan lebih daripada satu cara

Strategi yang diimplimentasikan kini telah meningkatkan jumlah pengunjung ke laman web, jumlah pelanggan serta keuntungan mereka.

Oleh sebab itu, Focus Point berjaya meraih anugerah Best eCommecer Innovation di Asia eCommerce Awards 2021, justeru menjadikan mereka lebih terkenal di Asia Tenggara, Asia Selatan serta sekitar Australia dan New Zealand.

Mengubah tingkah laku pelanggan ternyata mampu mentransformasikan industri peruncitan dan bagi jenama cermin mata seperti Focus Point, ini membuktikan inovasi itu penting demi memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih baik untuk Terus Menerajui.


Anda juga boleh, membawa perniagaan anda ke tahap seterusnya seperti Focus Point dengan pasukan memenangi anugerah kami.


CATEGORIES