Google: Kekal berhubung dengan pelanggan anda
Fahami tingkah laku baharu pengguna dan terus beradaptasi
Berlatarkan persekitaran yang dinamik ini, keperluan orang ramai kian berubah. Untuk menangani perubahan tingkah laku ini, anda boleh memanfaatkan Google Trends, iaitu sebuah alat yang dapat memberikan akses ke atas analitik carian orang ramai merentasi Google Search, YouTube, Google Shopping, dan Google Images. Dengan memasukkan kata kunci atau topik, anda mampu meneroka apa yang dicari oleh warga dunia yang hampir sepenuhnya dipersembahkan dalam masa nyata.
Terokai Google Trends untuk mengenal pasti keutamaan pelanggan anda.
Terus beradapatasi mengikut tingkah laku baharu pelanggan menggunakan Google Trends
Entiti perniagaan boleh menggunakan Google Trends untuk mengenal pasti siapa yang memahukan informasi mengenai sesuatu produk, atur cara, dan perkhidmatan yang menjadi keutamaan mereka - Bilakah perhatian ke atas istilah yang relevan memuncak? Bagaimana pula dengan tahap perhatian yang ditujukan kepada jenama pesaing kita?
Google Trends menggunakan data masa nyata untuk membantu perniagaan menilai corak carian pengguna dari masa ke masa.
Perkasakan perniagaan anda di Carian dan Peta Google
Google My Business merupakan alat percuma dan mudah digunakan untuk perniagaan dan organisasi menguruskan kehadiran dalam talian di Google, termasuk Carian dan Peta. Sekiranya anda mengesahkan dan mengubahsuai maklumat perniagaan, anda boleh membantu pelanggan mencari perniagaan anda dan menceritakan kisah perniagaan anda.
Manfaat Google My Business
Uruskan maklumat anda
Uruskan maklumat yang pengguna Google temui apabila mereka mencari perniagaan atau produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan. Perniagaan yang mengesahkan maklumat dengan Google My Business dua kali ganda dianggap bereputasi oleh pengguna. Apabila pengguna menemui perniagaan anda di Carian dan Peta Google, pastikan mereka mempunyai akses maklumat seperti waktu perniagaan, laman web dan alamat jalan anda.
Berinteraksi dengan pelanggan
Baca dan balas ulasan daripada pelanggan anda dan siarkan perkara yang anda lakukan. Perniagaan yang menambahkan foto pada Profil Perniagaan mereka menerima 42% lebih banyak permintaan arah di Peta Google dan 35% lebih banyak klik ke laman web mereka berbanding perniagaan yang tidak melakukannya.
Fahami dan luaskan kehadiran anda
Ketahui cerapan tentang cara pelanggan mencari perniagaan anda dan dari mana pelanggan tersebut datang. Anda juga boleh mendapatkan maklumat seperti berapa bilangan orang yang menghubungi perniagaan anda terus dari nombor telefon yang dipaparkan pada hasil carian setempat dalam Carian dan Peta Google. Apabila anda sudah bersedia, anda boleh membuat dan menjejak prestasi Kempen pintar untuk menyebarkan berita tentang kerja anda.
Nota penting: Pengguna yang mengaktifkan pemperibadian perniagaan boleh melihat lebih banyak gesaan untuk mendaftar Google My Business semasa menggunakan produk atau perkhidmatan Google yang berbeza.
PANDUAN
Komputer
- Anda boleh menguruskan perniagaan anda di google.com/business. Ikuti panduan kami mengenai cara untuk bermula.
Android
- Muat turun aplikasi Google My Business di Google secara percuma untuk membuat akaun dan mengemas kini maklumat perniagaan anda di mana jua.
iPhone & iPad
- Muat turun aplikasi Google My Business iOS secara percuma untuk mengakses akaun dan mengemas kini maklumat perniagaan anda di mana jua.
Mulakan dengan Google My Business
Bantu pelanggan mencari anda dan mengurus maklumat perniagaan anda di Google secara percuma dengan Google My Business. Panduan ini dicipta untuk membolehkan anda bergerak lebih pantas agar anda boleh meningkatkan kehadiran perniagaan anda dalam talian. Hanya pilih landasan yang betul untuk anda mulakan.
1. Daftar dan sahkan perniagaan anda
- Muat turun aplikasi Google My Business
- Log masuk akaun Google anda
- Nota: Daftar dengan domain e-mel perniagaan anda kerana akaun ini adalah untuk perniagaan anda. Masukkan nama perniagaan atau rangkaian anda. Anda juga boleh memilih rangkaian anda daripada cadangan yang dipaparkan semasa anda menaip (jika berkenaan).
- Masukkan alamat perniagaan anda
- Panduan: Sekiranya perniagaan tidak mempunyai lokasi fizikal tetapi berfungsi di kawasan perkhidmatan, anda boleh menyenaraikan kawasan tersebut.
- Pilih kategori perniagaan
- Masukkan maklumat hubungan perniagaan anda
- Panduan: Anda disyorkan agar memberikan nombor telefon individu atau halaman kedai untuk setiap lokasi, berbanding satu pusat panggilan terpusat.
- Sahkan perniagaan anda
2. Periksa maklumat perniagaan anda
- Edit maklumat yang salah
- Sekiranya anda turut melayani pelanggan di luar alamat perniagaan anda, anda juga akan mempunyai pilihan untuk menyenaraikan kawasan perkhidmatan anda.
3. Optimumkan kehadiran anda dalam talian
Bersedia untuk menjangkau Profil Perniagaan anda ke peringkat seterusnya? Ketahui cara untuk mengembangkan perniagaan anda dengan Google My Business.
- Pastikan maklumat perniagaan anda dikemas kini
- Jadikan penyenaraian perniagaan anda kelihatan hebat
- Tingkatkan kedudukan setempat anda di Google
- Tidak dapat mencari perniagaan anda di Google
Optimumkan kehadiran anda dalam talian
Pastikan maklumat perniagaan anda dikemas kini
Anda mungkin perlu menyesuaikan operasi perniagaan pada waktu ini. Ia mungkin melibatkan perubahan waktu operasi, penutupan sementara, atau perubahan jenis produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan.
Pastikan anda mengongsikan perkembangan terbaharu ini di Profil Perniagaan anda di Google.
Kemas kini Profil Perniagaan anda di Google
Sunting waktu operasi anda atau tandakan bahawa perniagaan anda berstatus “temporarily closed” jika perlu.
Kemas kini waktu operasi perniagaan anda
Berkomunikasi dengan pelanggan anda
Pastikan nombor telefon anda betul dan aktifkan fungsi pemesejan untuk memastikan pelanggan anda dapat menghubungi anda dalam masa nyata melalui Profil Perniagaan anda di Google. Anda boleh menjawab soalan, ceritakan tentang perniagaan anda, serta menarik lebih banyak pelanggan.
Aktifkan fungsi pemesejan sekarang
Kongsikan perkembangan terkini kepada pelanggan anda
Gunakan “Posts” untuk berkomunikasi tentang maklumat tertentu, seperti opsyen penghantaran atau status inventori terus dari Profil Perniagaan anda.
Belajar cara untuk mencipta pos di Google
Tambah atau sunting atribut.
Sekiranya restoran anda menawarkan khidmat penghantaran atau bawa pulang, tandakan ketersediaan perkhidmatan berkenaan di profil anda.
1. Pastikan maklumat perniagaan anda dikemas kini
Kemas kini maklumat perniagaan anda
Apabila maklumat tentang perniagaan anda berubah, kemas kini dengan Google My Business. Sentiasa kemas kini akaun anda untuk memastikan Google mempunyai maklumat yang paling tepat untuk dikongsi dengan pelanggan berpotensi. Dalam sesetengah kes, Google mungkin tidak menerima perubahan sekiranya kami tahu ia tidak tepat.
Berikut adalah jenis maklumat perniagaan yang boleh anda kemas kini dengan Google My Business:
- Waktu perniagaan
- Alamat fizikal (Sekiranya anda menukar alamat, anda perlu melengkapkan proses pengesahan sekali lagi untuk mengesahkan alamat baharu.)
- No. Tel
- Kategori (Apakah jenis perniagaan yang anda uruskan?)
- Laman web
Anda juga boleh menambah perniagaan baharu pada Google My Business.
Lakukan sekarang: Kemas kini maklumat perniagaan anda
- Log masuk ke Google My Business dan pilih halaman yang anda ingin uruskan.
- Klik Maklumat daripada menu.
- Klik bahagian yang anda ingin ubah, kemudian masukkan maklumat baharu dalam kotak yang disediakan.
- Ia mungkin mengambil masa sehingga 60 hari untuk memadamkan maklumat yang telah anda isi sebelum ini. Maklumat yang juga tersedia secara umum atau daripada sumber lain tidak boleh dialih keluar.
- Perihalan perniagaan (ringkasan editorial atau kata kunci daripada web yang dipaparkan di sebelah perniagaan anda) tidak boleh diedit. Ketahui lebih lanjut mengenai ringkasan perniagaan.
- Klik Selesai mengedit.
Ketahui lebih lanjut untuk mengedit penyelesaian perniagaan anda.
Tambahkan pemilik serta pengurus untuk berkongsi tanggungjawab
Dengan menambahkan pemilik dan pengurus pada penyeraian Google My Business, anda boleh mengagihkan tanggungjawab kepada ahli kakitangan yang lain sambil mengekalkan pemilikan halaman tersebut.
Terdapat 3 jenis pengguna:
- Pemilik: pemilik penyenaraian mempunyai set kelayakan dan akses yang paling besar. Mereka boleh membuat perubahan pentadbiran peringkat tinggi seperti menambahkan pemilik dan pengurus lain atau mengalih keluar penyenaraian daripada akaun mereka.
- Pengurus: pengurus boleh melakukan kebanyakan tugas yang boleh dilakukan oleh pemilik seperti mengedit maklumat perniagaan dan Lihat Cerapan tentang cara ramai pengguna berinteraksi dengan penyenaraian anda. Anda mungkin boleh menjadikan kakitangan yang dipercayai sebagai pengurus penyenaraian untuk membantu memastikan maklumat dan kehadiran web anda sentiasa dikemas kini.
- Pengurus tapak: pengurus tapak boleh berinteraksi dengan pelanggan bagi pihak penyenaraian anda dengan menyiarkan gambar dan membalas ulasan. Ahli kakitangan anda yang mesra dan mahir teknologi mungkin boleh menjadi pengurus laman web yang baik.
Anda boleh mengalih keluar pemilik dan pengurus pada bila-bila masa. Ketahui lebih lanjut mengenai pemilik dan pengurus.
2. Jadikan penyenaraian perniagaan anda kelihatan hebat
Berkongsi foto
Penyenaraian anda ialah tempat terbaik untuk mempamerkan foto yang menerangkan tentang perniagaan anda.
Perniagaan yang mempamerkan foto kemungkinan besar menerima permintaan arah memandu ke lokasi mereka, serta klik ke tapak web mereka, berbanding perniagaan yang tidak mempamerkan foto.
Selain logo dan gambar yang anda kehendaki muncul dahulu dalam hasil Peta Google, anda boleh menyiarkan foto produk dan acara agar pelanggan sentiasa termaklum dan mempamerkan kepakaran anda. Jika anda mempunyai tapak web, manfaatkan foto di tapak web anda dengan menyiarkan foto tersebut dalam penyenaraian anda juga menggunakan Google My Business.
Terdapat beberapa jenis foto yang boleh anda tambahkan pada penyeraian perniagaan anda:
- Logo: Bantu pelanggan anda mengenali perniagaan anda di Google. Untuk perniagaan yang mempunyai maklumat asas mereka (nombor telefon atau waktu perniagaan, dll), Profil Perniagaan akan menyerlahkan logo.
- Foto muka depan: Tetapkan foto muka depan di bahagian atas profil anda yang paling sesuai mewakili perniagaan anda. Dalam sesetengah keadaan, tindakan ini tidak menjamin bahawa foto muka depan akan dipaparkan sebagai imej pertama perniagaan anda.
- Foto tambahan: Tambahkan foto lain untuk menyerlahkan ciri perniagaan anda untuk menarik pelanggan semasa mereka membuat keputusan pembelian. Ketahui lebih lanjut mengenai foto perniagaan.
Ketahui lebih lanjut mengenai foto perniagaan.
Foto hendaklah sekurang-kurangnya 720 piksel lebar dan 720 piksel tinggi serta dalam format JPG atau PNG. Ketahui lebih lanjut mengenai foto.
Balas ulasan pelanggan
Penyenaraian perniagaan anda membolehkan pelanggan menyiarkan ulasan tentang perniagaan anda. Ulasan dalam talian ialah cara yang berkesan untuk membawa pemasaran dari mulut ke mulut ke web dan dapat membantu pengguna baharu menemui anda dalam talian.
Apabila anda membalas ulasan, anda menunjukkan kepada pelanggan yang sedia ada dan bakal pelanggan bahawa anda menghargai urusan mereka dengan anda. Ingatlah bahawa anda akan menyiarkan secara terbuka dan mewakili perniagaan anda apabila membalas ulasan. Balasan kepada ulasan tidak akan dipaparkan serta-merta pada penyenaraian perniagaan anda di Google.
Lihat Cerapan
Ingin ketahui sejauh mana keberkesanan penyenaraian anda? Dengan menggunakan Cerapan, anda dapat menjejak prestasi penyenaraian anda.
- Berapa kali pengguna melihat maklumat perniagaan saya?
Bahagian "Tempat pelanggan melihat perniagaan anda di Google" menjejak bilangan pengguna yang melihat maklumat perniagaan anda di Peta dan Carian Google. - Berapa kali pengguna meminta arah memandu ke lokasi saya?
Dalam bahagian "Tindakan pelanggan", cari kotak "Meminta arah". Ciri ini menjejak bilangan klikan untuk arah memandu daripada hasil carian setempat dalam Peta Google, Carian Google atau Peta untuk mudah alih. - Bagaimanakah pelanggan menemui penyenaraian saya?
Bahagian "Cara pelanggan mencari perniagaan anda" menunjukkan bilangan pelanggan yang menemui anda melalui carian "Langsung" (mereka mencari nama atau alamat perniagaan anda) berbanding dengan carian "Penemuan" (mereka mencari suatu kategori, produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan dan penyenaraian anda dipaparkan).
3. Tingkatkan kedudukan setempat anda di Google
Nota: Hasil setempat adalah berdasarkan relevan, jarak dan keunggulan. Gabungan faktor ini membantu kami mencari padanan terbaik untuk carian anda. Contohnya, algoritma kami mungkin memutuskan perniagaan yang lebih jauh dari lokasi anda lebih cenderung menawarkan produk atau perkhidmatan yang anda cari berbanding perniagaan berhampiran anda, dan dengan itu menempatkan perniagaan tersebut lebih tinggi dalam hasil setempat.
Masukkan data lengkap
Hasil carian setempat memihak kepada hasil yang paling berkaitan untuk setiap carian dan perniagaan yang mempunyai maklumat yang lengkap serta tepat lebih mudah dipadankan dengan carian yang betul.
Pastikan anda telah memasukkan maklumat perniagaan yang lengkap dalam Google My Business supaya pelanggan mengetahui tentang aktiviti anda, lokasi perniagaan anda dan masa mereka boleh mengunjungi perniagaan anda.
Pastikan anda mengemas kini maklumat anda sambil perniagaan anda berubah.
Ketahui bagaimana untuk mengedit maklumat perniagaan anda.
Sahkan lokasi anda
Sahkan lokasi perniagaan anda supaya lokasi tersebut berkemungkinan besar dipaparkan dalam hasil carian setempat merentas produk Google, seperti Peta dan Carian.
Ketahui lebih lanjut mengenai pengesahan.
Kemas kini waktu perniagaan anda dengan kerap, termasuk masa anda membuka dan menutup perniagaan serta waktu perniagaan khas untuk musim cuti dan acara. Maklumat waktu perniagaan yang tepat memberitahu pengguna masa anda tersedia dan memberi mereka keyakinan bahawa perniagaan anda akan dibuka apabila mereka tiba.
Ketahui cara mengedit waktu buka anda.
Urus dan balas ulasan
Balas ulasan yang diberikan oleh pengguna tentang perniagaan anda. Apabila anda membalas ulasan, tindakan ini menunjukkan anda menilai pelanggan anda dan maklum balas mereka. Ulasan pelanggan anda yang berkualiti tinggi dan positif turut boleh meningkatkan keterlihatan perniagaan anda serta meningkatkan kemungkinan pembeli-belah akan melawati lokasi anda.
Ketahui lebih lanjut.
Tambah foto
Menambahkan gambar pada penyenaraian membolehkan anda mempamerkan barangan dan perkhidamatan anda, serta menceritakan kisah perniagaan anda. Gambar yang tepat dan menarik juga mungkin memaparkan kepada pembeli-belah bahawa perniagaan anda menawarkan perkara yang mereka cari.
Ketahui lebih lanjut.
Bagaimana Google menentukan kedudukan tempatan?
Relevan
Relevan merujuk pada sejauh mana Profil Perniagaan setempat sepadan dengan perkara yang dicari pengguna.
Tambahkan maklumat perniagaan yang lengkap dan terperinci untuk membantu Google lebih memahami perniagaan anda dan memadankan profil anda dengan hasil carian yang berkaitan.
Jarak
Jarak mengambil kira jarak setiap hasil carian yang berpotensi dari istilah lokasi yang digunakan dalam carian. Jika pengguna tidak menentukan lokasi mereka dalam carian mereka, kami akan mengira jarak berdasarkan maklumat kami ketahui tentang lokasi mereka.
Keunggulan
Keunggulan merujuk pada betapa terkenal sesebuah perniagaan. Sesetengah tempat lebih menonjol di dunia luar talian dan hasil carian cuba menggambarkan keunggulan ini dalam kedudukan setempat.
Contohnya, muzium terkenal, hotel mercu tanda atau kedai jenama terkenal juga kemungkinan besar menonjol dalam hasil carian setempat.
Keunggulan turut ditentukan berdasarkan maklumat yang Google ketahui tentang sesebuah perniagaan merentas web, seperti pautan, artikel dan direktori. Kiraan dan skor ulasan Google diambil kira dalam kedudukan carian setempat. Lebih banyak ulasan dan penilaian positif akan meningkatkan kedudukan setempat perniagaan anda. Kedudukan anda dalam hasil carian web turut menjadi faktor, jadi amalan terbaik pengoptimuman enjin carian (SEO) turut digunakan.
Tiada cara meminta atau membayar untuk memperoleh kedudukan setempat yang lebih baik di Google. Kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan butiran algoritma carian disimpan secara sulit untuk membolehkan sistem penarafan dilaksanakan seadil mungkin bagi semua pengguna.
Muat turun versi PDF di bawah.
Ketahui lebih lanjut
Geran sehingga RM5,000