MDEC: Cara memilih eMarketplace untuk bisnes E-Dagang anda di Malaysia
Ketahuilah bagaimana untuk memilih eMarketplace untuk bisnes ada melalui Malaysia Digital Economy Corporation Go-eCommerce
Kursus online “Pengenalan kepada eMarketplace” di platform Go-eCommerce akan membantu anda mengetahui dengan lebih mendalam mengenai fungsi dan jenis eMarketplaces, cara bina bisnes online dan cara-cara untuk memilih eMarketplace yang sesuai untuk bisnes anda.
Apakah proses memulakan eCommerce dan apakah tips berjualan di marketplace? Dari permulaan apabila pembeli membuat oder atas talian, sehingga pembeli mendapat barang tersebut, carta aliran eCommerce dibawah menceritakan proses ini.
Carta Alir E-Dagang
Di sini, penerangan mengenai bisnes model eCommerce boleh memberi idea kepada anda untuk mengadaptasikan bisnes model anda sekarang ke eCommerce.
Jenis E-Dagang
Ingin mendapat maklumat yang lebih mengenai eMarketplace? Tontonlah video pengenalan ini!
Kelebihan E-Dagang
- Kemudahan - Semua produk mudah diakses melalui Internet. Anda tidak perlu meninggalkan rumah untuk membeli produk atau perkhidmatan.
- Penjimatan masa - Pelanggan tidak membuang masa mencari barang yang ingin dibeli di antara lorong atau naik ke tingkat tiga. Dengan kedai dalam talian, produk mudah dicari.
- Pelbagai pilihan - Anda boleh memilih dari sebilangan besar pilihan, bukan hanya dari segi bahan, tetapi juga dari segi harga. Selain itu, semua barang yang diperlukan dapat dijumpai di satu tempat.
Oleh kerana produk dijumpai dalam talian, produk tersebut disertakan dengan keterangan dan ciri, sehingga dapat dibandingkan dengan mudah, walaupun antara dua, tiga atau lebih kedai dalam talian.
Mengenai Go-eCommerce
Go-eCommerce Platform merupakan salah satu inisiatif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) menawarkan lebih kurang 100 kursus pendek atas talian, yang akan membantu usahawan dan bisnes memahami manfaat-manfaat eCommerce.
Go-eCommerce merupakan program usahawan dalam talian dengan alatan untuk membantu anda membina perniagaan anda ke peringkat seterusnya.
Ia mengandungi kurikulum dikenali antarabangsa, terdapat pengajar bertauliah & pakar industri, ia mampu kembangkan pengetahuan perniagaan dalam talian dan kongsi kandungan bernas dengan usahawan digital lain dan juga merupakan alat pemprofilan yang membantu anda mencari penyelesaian yang tepat untuk bina bisnes online dan keperluan perniagaan harian anda.
Dengan hanya pendaftaran di Go-eCommerce, anda akan mendapat akses kepada pembelajaran atas talian, secara percuma. Pada masa kini, ianya diguna oleh 400,000 usahawan dan bisnes di Malaysia
Inisiatif eCommerce lain yang dikendalikan oleh MDEC adalah seperti berikut:
eUsahawan Bisnes (Mikro) memberi latihan dan bimbingan keusahawan digital ke usahawan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
eUsahawan Pendidikan (MUDA) bekerjasama dengan institusi pendidikan di Malaysia untuk memberi latihan dan bimbingan keusahawan digital.
Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh PKS di luar bandar seperti kekurangan akses pengetahuan dan memberi panduan untuk mengembangkan perniagaan di platform eCommerce.
Apakah yang Dipelajari
Melalui Go-eCommerce, anda boleh mempelajari pengurusan perniagaan, kewangan, pengoptimuman Enjin Carian, copywriting, gunakan laman web dan media sosial seperti Facebook, Instagram dan lain untuk perniagaan digital, menjalani pemasaran E-mel dan app mobil.
Geran sehingga RM5,000