Kekal berhubung di
mana saja
Jawab dan alih segala panggilan berkaitan bisnes dengan Maxis Business Voice Go
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Maxis Business Voice Go adalah perkhidmatan yang dilengkapi fungsi alihan panggilan untuk talian mudah alih Maxis Business. Ia mengalihkan panggilan perniagaan anda ke talian mudah alih Maxis terpilih dengan fungsi Suara Balas Interaktif (IVR). Anda juga akan menikmati nombor talian tetap istimewa (0X) atau 1700 yang menjadi nombor perniagaan maya untuk memastikan anda mampu hubungi pelanggan anda setiap masa, di mana jua.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh nikmati penjimatan kadar panggilan bila anda gunaMaxis Business Voice Go untuk buat panggilan keluar. Ia sangat mudah, anda hanya perlu simpan talian mudah alih Maxis pekerja anda dalam portal Maxis Business Voice Go untuk alihan panggilan masuk dan panggilan keluar.
Alihkan semua panggilan perniagaan anda ke pelbagai nombor mudah alih agar anda tak ketinggalan panggilan dari pelanggan.
Anda tidak lagi perlu berada di hadapan meja untuk terima panggilan perniagaan dan bekerja di mana-mana sahaja.
Kekalkan imej perniagaan profesional dengan nombor talian tetap dan fungsi Sambutan Suara Interaktif/IVR.
Hapuskan keperluan untuk belanja dan kekalkan sistem telefon utama dan telefon pejabat.
Pelanggan akan hubungi Nombor Maya anda dan IVR akan memberitahu beberapa pilihan yang telah dirakam untuk pelanggan anda memilih input pad kekunci (0 - 9) untuk mengalihkan panggilan kepada orang atau jabatan yang ingin dihubungi.
Untuk keterangan lebih lanjut mengenai cara penggunaan ciri-ciri yang tersedia, sila rujuk panduan pengguna di laman web Maxis Business Voice Go.
Nota:
Mari digitalisasikan perniagaan anda dengan pantas dan mudah, bersama.
Tuntut sehingga RM5,000 dengan Geran Digital PMKS Madani