Sedia untuk daftar bersama Perantauan Antarabangsa
Apakah pelan Maxis Business Fibre baharu ini?
A. Umum
-
Nama ONEBusiness Fibre akan ditukarkan ke Maxis Business Fibre, tiada perubahan selanjutnya untuk pelan dan kadar.
-
Semua peniaga berdaftar yang di dalam kawasan liputan layak untuk melanggan pelan Maxis Business Fibre. Anda boleh melayari https://business.maxis.com.my/en/support/coverage-checker/ untuk menyemak jika perniagaan anda berada di dalam liputan kami.
Dokumen ini diperlukan semasa proses pendaftaran:
- Borang 9 & 49 atau Borang 12 & 49 (Untuk syarikat anda)
- Surat Tawaran atau Surat Permohonan perlu dilampirkan bersama dengan salinan kad pengenalan.
-
Anda boleh tukar ke Maxis Business Fibre dalam 3 langkah mudah:
- Semak liputan anda di https://www.maxis.com.my/en/business/products-and-services/fiber-coverage.html.
- Hubungi wakil Maxis berdekatan atau pengurus akaun atau hubungi terus di 1 700 81 8881.
- Pilih pakej Maxis Business Fibre yang diingini dan kami akan memastikan perkhidmatan Maxis Business Fibre dipasang dalam masa 14 hari waktu bekerja di premis perniagaan anda setelah pengesahan untuk ketersediaan perkhidmatan di alamat premis telah dibuat.
Walaubagaimanapun, sila ambil perhatian untuk perkara berikut:
- Jika perkhidmatan sedia ada anda masih di dalam tempoh kontrak, anda boleh membayar penalti oleh penyedia perkhidmatan sedia ada.
- Bagi memastikan perniagaan anda mempunyai perkhidmatan internet, anda diminta untuk tidak membatalkan perkhidmatan sedia ada anda sebelum pemasangan Maxis Business Fibre telah selesai di premis anda.
-
Terdapat 5 kelajuan yang disediakan untuk perniagaan anda iaitu pelan 30Mbps, 100Mbps, 300Mbps, 500Mbps dan 800Mbps.
Bagi pelan 300Mbps, 500Mbps dan 800Mbps, anda boleh memilih pakej talian suara 1, 5, atau 9 IP. Anda juga akan menerima 1 unit Mesh WiFi PERCUMA.
Pelan 100Mbps ialah pelan internet fiber basic yang didatangkan dengan 1 perkhidmatan talian suara IP tanpa had. Bagi pelan internet fiber basic 30Mbps, anda perlu menambah RM10/bln untuk menikmati 1 perkhidmatan talian suara IP tanpa had.
Anda juga boleh menambah penyelesaian perniagaan lain seperti penyelesaian Managed WiFi dan Cloud Storage & Email.
-
Kami mengesyorkan kelajuan internet anda berdasarkan jumlah pengguna di syarikat anda, anda boleh merujuk garis panduan di bawah:
Kelajuan Jumlah Pengguna Internet 30Mbps 10 users 100Mbps 20 users 300Mbps 40 users 500Mbps 60 users 800Mbps 80 users
B. Pemasangan
-
Anda akan menerima SMS pengesahan setelah pendaftaran berjaya. Kemudian kami akan menghubungi anda dalam masa 48 jam untuk menyemak liputan Business Fibre di kawasan anda. Setelah tarikh pemasangan dipilih, kami akan menghantar butiran temu janji melalui SMS.
-
Kami akan mencadangkan beberapa slot masa untuk anda dan anda boleh memilih mengikut kesesuaian anda.
-
Sila sediakan lima (5) soket dan wang tunai kerana caj tambahan mungkin dikenakan untuk pemasangan kabel mengikut keperluan premis perniagaan anda.
-
Bagi menukar tarikh temu janji, anda boleh menghantar mesej melalui WhatsApp di +6012-473-3589 sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh ditetapkan.
-
Anda dinasihati untuk menukar tarikh temu janji sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum tarikh ditetapkan. Sebarang penjadualan semula selepas tarikh ini mungkin akan dikenakan bayaran.
-
Walaupun ia lebih baik untuk anda berada di premis semasa pemasangan, kami juga mengesyorkan untuk anda memilih seorang staf IT untuk berada di lokasi sewaktu pemasangan jika anda tidak dapat berada di sana kerana staf Maxperts kami akan membantu anda menyelesaikan proses pemasangan demi memastikan rangkaian anda ditetapkan dengan tepat.
-
Ya, anda akan menerima panggilan 4 hari sebelum pemasangan dan SMS peringatan 1 hari sebelum pemasangan. Pada hari pemasangan, staf kami akan menghubungi anda 1 jam sebelum pemasangan.
C. Ciri-Ciri Lain dan Tambahan Pilihan
-
Mesh WiFi ini ialah peranti yang dapat membantu meluaskan liputan WiFi dan mengurangkan zon mati WiFi di seluruh pejabat anda. Ini kerana liputan WiFi berkualiti tinggi adalah penting untuk meningkatkan produktiviti pekerja di pejabat anda.
Dua unit Mesh WiFi akan disediakan secara PERCUMA bagi pelan 300Mbps, 500Mbps dan 800Mbps dan anda boleh menambah unit Mesh WiFi pada hanya RM12.50/bln seunit.
Anda juga boleh menambah Mesh WiFi jika anda melanggan untuk pelan 30Mbps dan 100Mbps dengan harga yang sama iaitu RM12.50/bln seunit.
-
Cloud Storage dan Email Solution ialah penyelesaian perniagaan yang membolehkan anda untuk mengakses dokumen anda pada bila-bila masa, di mana saja sengan simpanan cloud sehingga 1TB dan simpanan emel sehingga 50GB. Anda boleh menambah penyelesaian perniagaan ini dengan pelan Business Fibre pada hanya RM22/bln.
-
Penyelesaian Managed WiFi ialah penyelesaian berasaskan cloud yang membolehkan anda menentukan jumlah data dan kelajuan untuk setiap pekerja dan pelanggan. Ia juga didatangkan dengan laman log masuk yang boleh disuaikan dan pemasangan percuma. Anda boleh menambah penyelesaian ini dengan pelan Business Fibre anda pada hanya RM80/bln.
-
Anda boleh menaik taraf ke pelan Business Fibre dengan Fixed IP melalui kontrak 24 bulan baharu. Pelan Fixed IP ini memerlukan pembayaran sebanyak RM200/bln.
D. Naik Taraf Pelan
-
Sila hubungi wakil Maxis atau Pengurus Akaun anda. Anda juga boleh menghubungi 1800-82-1919.
-
Pelan Business Fibre anda akan diperbaharui dengan kontrak 24 bulan. Bagi menukar atau menaik taraf pelan anda, sila hubungi wakil/pengurus akaun atau hubungi 1800-82-1919.
-
Bagi menukar pakej Business Fibre sedia ada anda, sila hubungi wakil/pengurus akaun atau hubungi 1800-82-1919 dan mereka akan menerangkan kepada anda berdasarkan kontrak sedia ada serta faedah dan syarat pelan baharu.
-
Sila hubungi wakil Maxis atau Pengurus Akaun anda. Anda juga boleh menghubungi 1800-82-1919 jika anda ingin menukar pelan dan mereka akan memberikan penerangan kepada anda.
E. Pembatalan
-
Sila hubungi wakil atau Pengurus Akaun anda untuk pembatalan.
-
Tiada caj akan dikenakan untuk pembatalan setelah melepasi tempoh kontrak anda. Caj pembatalan awal akan dikenakan jika anda masih di dalam tempoh kontrak.
Tiada caj penalti akan dikenakan untuk pembatalan setelah melepasi tempoh kontrak. Walaubagaimanapun, anda perlu menyelesaikan tunggakan bil untuk pembatalan.
-
Ya, anda perlu memulangkan modem. Wakil Maxperts kami akan mengambil modem dari premis perniagaan anda.
F. Maxis Managed Cloud Firewall
-
Ya, anti spam dan anti phishing masih disertakan selagi emel anda diterima melalui talian lebar jalur pejabat. Hanya boleh didapati dengan perkhidmatan premium.
-
Penapisan URL dan pengawalan aplikasi adalah sebahagian daripada produk ini. Kami dapat membantu menghalang pengguna daripada melayari laman web yang tidak produktif, mengawal jalur lebar untuk penstriman video dan lain-lain.
-
Virus dan perisian tebusan telah menjadi semakin kompleks dan bahaya. Cloud Sandboxing ialah teknik perlindungan hebat yang mampu menghalang virus ini daripada menyerang sistem pejabat anda.
-
Ya, kami mempunyai khidmat langkah pencegahan untuk melindungi anda daripada penggodam, botnet dan DOS.
-
Pakej ini tidak disertakan dengan perisian antivirus komputer. Walaubagaimanapun, kami mempunyai produk bersesuaian dengan fungsi serupa.
-
Ya, setiap cawangan akan dipadankan dengan satu firewall mengikut pelan rangkaian anda.
-
Ya, laporan. boleh diakses melalui Maxis Business Hub.
-
Kedua-dua antivirus komputer dan get laluan diperlukan semasa melayari laman web, memuat turun fail dan menerima emel.
-
Ya, kami membenarkan penetapan polisi mengikut penapisan kumpulan, masa, kategori URL dan aplikasi. Ia hanya boleh didapati dengan VAS.
-
Dengan produk Managed Firewall Rules oleh Maxis VAS, anda boleh menambah 10 CR sebulan untuk pakej ini. Pasukan Maxis Managed Services akan menetapkan peraturan firewall untuk anda.
-
Tidak, Maxis mempunyai polisi diiktiraf yang disyorkan untuk pakej firewall anda. Dengan produk Managed Firewall Rules oleh Maxis VAS, anda dapat menambah 10 CR sebulan untuk pakej ini. Pasukan Maxis Managed Services akan menetapkan peraturan firewall untuk anda.
-
Kami mempunyai perjanjian aras khidmat: 3 hari bekerja untuk setiap CR yang dimohon.
-
Anda akan diberikan kata kunci log masuk ke portal Maxis Business Hub. Anda akan dapat mengakses Security Dashboard yang memaparkan Status Firewall, Peraturan Firewall Semasa, Status CR dan Rumusan Ancaman.
Ketahui lebih lanjut mengenai rangkaian gred perusahaan terunggul di Malaysia - Maxis Programmable Network
Nak bercakap dengan kami?
Hubungi Perkhidmatan Pelanggan Maxis Business